YANG MASIH PANAS...

Syi’ah Mendakwa Nabi Adam Dan Hawa A.S. Dikeluarkan Dari Syurga Kerana Dengki




























Terjemahan

As-Saduq meriwayatkan di dalam ‘Uyun al-Akhbar dengan sanadnya kepada al-Harawi katanya, saya berkata kepada ar-Ridha a.s[1].: “Wahai cucu Rasulullah s.a.w.! Ceritakan kepadaku tentang pokok yang buahnya dimakan oleh Adam dan Hawa. Bagaimana rupanya? Orang ramai berbeza cerita tentangnya. Ada yang menceritakan ianya adalah gandum. Yang lain pula menceritakan ia adalah anggur. Ada juga yang menceritakan ia adalah pokok dengki”. Beliau (ar-Ridha) menjawab: “Semuanya adalah benar”. Saya pun bertanya: “Apakah makna sama dalam keadaan ianya berbeza? Dia menjawab: “Wahai Aba as-Salt! Sesungguhnya pokok syurga (satu pokok) boleh menghasilkan beberapa jenis (buah). Terdapat pokok gandum dan padanya terdapat anggur dan ia tidak seperti pokok dunia. Sesungguhnya Adam a.s., bila ia telah dimuliakan oleh Allah ta’ala dengan malaikat-malaikat sujud kepadanya dan ia dimasukkan ke dalam syurga, maka terlintas di hatinya persoalan tentang apakah Allah menciptakan manusia yang lebih mulia darinya. Allah ta’ala mengetahui apa yang terlintas di hatinya. Allah menyerunya dengan berkata: “Angkat kepalamu wahai Adam! Pandanglah tiang arasy”. Adam pun mengangkat kepalanya lalu memandang tiang arasy. Maka ia mendapati tertulis padanya Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah. Ali bin Abi Talib adalah Amir al-Mukminin, isterinya Fatimah adalah penghulu perempuan sekalian alam dan Hasan dan Husain adalah penghulu sekalian pemuda ahli syurga. Adam pun berkata: “Siapakah mereka ini wahai tuhanku? Allah ‘azza wa jalla berfirman: “Mereka ini adalah dari keturunanmu dan mereka lebih baik darimu dan dari sekalian makhlukku. Kalau tidak kerana mereka aku tidak akan menciptakan engkau dan tidak menciptakan syurga, neraka, langit dan bumi. Janganlah engkau memandang mereka dengan pandangan kedengkian dan bercita-cita untuk mencapai kedudukan mereka”. Lalu Adam memandang mereka dengan penuh kedengkian dan menginginkan kedudukan mereka. Maka syaitan dapat menguasainya (Adam) sehingga ia makan daripada pokok yang dilarang. Syaitan juga dapat menguasai Hawa kerana ia memandang Fatimah dengan penuh kedengkian sehingga ia juga memakan buah daripada pokok tersebut sebagaimana Adam. Kerana itu Allah mengeluarkan kedua-duanya daripada syurga dan mencampakkan kedua-duanya ke bumi”.

(Rujukan: Sayyid Ni’mat Allah al-Musawi al-Jazairi al-Anwar an-Nu’maniyyah jil. 1 hal. 243,244)



Kesimpulan:



Syi’ah mengatakan punca yang membawa kepada tersingkirnya Adam dan Hawa a.s. daripada syurga ialah makan daripada pokok larangan. Sebab kedua-duanya makan daripadanya ialah dikuasai oleh syaitan dan penguasaan tersebut adalah disebabkan oleh dengki mereka berdua terhadap Nabi s.a.w. dan anak cucu baginda.


Syi’ah mengatakan Nabi Muhammad s.a.w., Ali, Fatimah, Hasan dan Husain r.a. adalah merupakan sebab kepada penciptaan Adam a.s., dunia, syurga dan neraka.


Syi’ah beri’itqad bahawa kedudukan nabi-nabi adalah lebih rendah daripada kedudukan anak cucu Nabi Muhammad s.a.w.


Syi’ah beri’tiqad bahawa Nabi Adam a.s. walaupun ia seorang nabi tetap tidak terlepas daripada sifat yang buruk iaitu dengki yang merupakan salah satu penyakit hati yang sangat keji.


--------------------------------------------------------------------------------

[1] Beliau ialah `Ali ar-Ridha bin Musa al-Kazim (wafat 202 H) yang dianggap oleh Syi’ah sebagai imam maksum kelapan mereka.


sumber : Darulkausar.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate