
WASHINGTON - Selepas pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda, Osama Laden dilaporkan mati terbunuh, semalam, soalan yang mula bermain di fikiran banyak pihak adalah siapa yang akan menggantikan tempatnya dalam memimpin organisasi itu?
Seorang pakar bedah kelahiran Mesir, Ayman Al-Zawahiri yang juga pemimpin kedua tertinggi dalam kumpulan militan Al-Qaeda diuar-uarkan akan menggantikan Osama yang terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
Zawahiri berperanan sebagai tulang belakang kepada Osama dan rangkaian kumpulan Al-Qaeda, dan kerap mengecam AS dan negara sekutunya melalui mesej yang disampaikan menerusi rakaman video.
Terbaru, Zawahiri menggesa orang Islam di seluruh dunia untuk memerangi kuasa Barat yang kini mahu menjajah Libya dan rantau Arab.
Orang kanan Osama yang kini mencecah umur lewat 50-an itu turut disenaraikan sebagai pengganas kedua paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas Osama.
Osama dan Zawahiri berjaya meloloskan diri daripada ditangkap oleh tentera AS yang menjajah Afghanistan pada akhir 2001 selepas serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September tahun sama.
Bagaimanapun, Zawahiri enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kematian Osama yang diumumkan oleh Presiden AS, Barack Obama, semalam. sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan