

Terjemahan
Ini Bab Tentang Usul Kufur Dan Rukun-Rukunnya
Daripada Abi Basyir katanya, Abu Abdillah a.s. berkata: “Usul kekufuran ada tiga iaitu terlalu tamak, sombong dan hasad. Adapun terlalu tamak, ia terdapat pada Adam a.s. ketika dia ditegah daripada pokok (larangan) maka terlalu tamak telah mendorongnya supaya makan daripadanya. Adapun sombong, ia terdapat pada iblis ketika dia diperintahkan supaya sujud kepada Adam lalu dia enggan. Adapun hasad, ia terdapat pada dua orang anak Adam ketika salah seorang membunuh pasangannya”.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 289)
Kesimpulan:
Ø Syi’ah menghina Nabi Adam a.s. dengan mengatakan baginda mempunyai salah satu usul kekufuran.
Ø Syi’ah telah menghina Nabi Adam a.s. dengan meletakkannya setaraf dengan iblis yang dilaknat oleh Allah ta’ala.
sumber : Darulkausar.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan