Paras air Tasik Galilee semakin teruk
merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada
kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah
disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir
ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih
kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan
di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang
akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting
dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah
semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman
kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin
susut menjelang musim panas ini..
DIMANA TASIK
GALILEE?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik
Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air
tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih
daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom
bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/
Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang
Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi
pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi)
ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah,
kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK
GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh
dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama
Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari
pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan
(kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam
ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu
dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata
hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk
itu.
Selepas berdialog beberapa ketika,
makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia
(kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan
dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan
rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya
ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan
kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau
hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih
berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik
itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih
Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan
pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa,
satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi
kita didalam hadis tersebut..
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan
mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis
ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam
“Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini
umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi
yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil
dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah
rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua
manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan
besar..Wallahu Alam
KEMUNCULAN YAKJUJ
MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini
disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang
selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik
Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik
tersebut…”
Dari ringkasan hadis
diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk]
yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj
Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini
sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi
Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan
Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel
sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu
seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah
bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan
Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di
dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan
tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah
swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat
menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat
“menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok
tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok
kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj
dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih
Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari
ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat
lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu
Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca
bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat
menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta
tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak
akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih
munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and
Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi
daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran
Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI
KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab
di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah
segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu
tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal
tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan
adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah
timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan
daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang
penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada
saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah
Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab
Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan
akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat
(bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari
yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau
bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat
seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)
berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini
(lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah
Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun
panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan
kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di
atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan
sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita
terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah
dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di
mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar
sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena”
dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan
Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah
direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi
pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman
akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke
situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan
kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari
sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita
dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN)
DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat
Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan
berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang
sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah
oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.
sumber dari
1khalifah.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan