Friday, April 20, 2012
9. Amerika
Syarikat(1776-sekarang)
Pernah menjadi jajahan takluk British
satu ketika dahulu sebelum mendapat kemerdekaan pada 14 Julai 1776 hasil
pejuangan pejuang-pejuang kemerdekaan mereka seperti George Washington, Thomas
Jefferson, Benjamin Franklin dan beberapa lagi tokoh mereka. Sejak
kemerdekaannya, Amerika Syarikat mengorak langkah tanpa berpaling ke belakang
untuk muncul kuasa besar dunia menjelang abad ke-20. Terlibat dalam kedua-dua
Perang Dunia bersama-sama Pakatan Bersekutu dan berjaya dalam kedua-dua perang
tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat berjaya menambah pengaruhnya di
seluruh dunia. Pada masa sekarang, Amerika Syarikat telah muncul sebagai
satu-satunya kuasa besar tanpa dicabar mana-mana negara lain kecuali Iran, Cuba
dan Korea Utara selepas runtuhnya Soviet Union pada 1991. Menurut ramai
penganalisis politik antarabangsa, amat mustahil untuk melihat pengaruh Amerika
Syarikat musnah dalam masa 10 tahun daripada sekarang.
Pemimpin
yang dikenali: G. W. Bush, Abraham Lincoln, Theodore Rossevelt, Barack
Obama
8. Empayar Dinasti
Qing(1644-1912)
Dinasti ini turut dikenali sebagai
Dinasti Manchu kerana dinasti ini diterajui oleh bangsa Manchu. Dinasti ini
merupakan dinasti beraja yang terakhir sebelum jatuh ke tangan rakyatnya dalam
beberapa revolusi.
Runtuhnya
Empayar: Dinasti ini menunjukkan kadar kemerosotan menjelang abad ke-18
selepas berdepan dengan tekanan antarabangsa terutama daripada kuasa-kuasa besar
Eropah. Tambahan pula, pemberontakan dalam negeri mula tercetus menyebabkan
sistem pentadbiran menjadi kurang teratur. China yang terkenal sebagai sebuah
negara ketenteraan yang kuat satu ketika dahulu mula merosot kekuatannya apabila
mula tunduk kepada British dalam siri peperangan Candu. Empayar ini terus
merosot menjelang tahun 1900 dan seterusnya runtuh pada 1912.
7. Empayar Kolonial
Perancis(1605-1960)
Empayar Kolonial Perancis mula
ditubuhkan selepas era pemerintahan Napoleon Bonaparte. Empayar ini mula
menunjukkan belang apabila mula bertapak di Dunia Baru iaitu Amerika Syarikat di
sebelah Utara. Empayar ini juga mula menjajah wilayah-wilayah di sekitar
Carribean dan India. Tempoh di mana Perancis dan beberapa negara colonial
mencari tanah jajahan untuk membentuk empayar mereka sendiri dikenali sebagai
Tahun Pencarian(Age
of Discovery). Miskipun demikian, Perancis agak terlewat sedikit berbanding
Portugis, Sepanyol, British dan Belanda. Semasa abad ke-16 dan ke-17, Perancis
mula mencabar kekuatan Sepanyol dan British untuk menjadi negara yang mempunyai
empayar terbesar di dunia. Menjelang abad ke-19 dan 20, Perancis telah menjadi
negara yang mempunyai empayar kedua terbesar di dunia.
Runtuhnya
Empayar: Empayar Kolonial Perancis mula runtuh akibat kesilapan mereka
menumpu perhatian kepada penjajahan di bumi asing. Perancis mula mengalami
kemerosotan ketenteraannya akibat serangan dan penguasaan Jerman ke atas
wilayahnya semasa Perang Dunia Ke-2. Tentera Legionaire Perancis gagal menahan
asakan tentera Nazi yang jauh lebih sistematik dan berteknologi tinggi
berbanding mereka.
6. Empayar
Rusia(1721-1917)
Secara rasminya, Empayar ini ditubuhkan
oleh Tsar Peter 1 pada 1721 selepas Treaty
of Nystad yang mana telah mengakhiri Great
Nortern Wardengan Sweden. Empayar ini pernah muncul sebagai empayar kedua
terbesar pada zamannya dan ketiga terbesar dalam sejarah manusia. Empayar Rusia
ini terkenal sebagai negara yang mempunyai tentera yang kuat dalam dua elemen
iaitu darat dan lautan. Pernah terlibat dalam banyak konflik terbesar di Eropah
sebelum runtuh empayarnya pada 1917.
Pemimpin
yang paling dikenali: Peter the Great, Tsar Nicolas
Runtuhnya
Empayar: Empayar ini mulai runtuh akibat revolusi yang dicetuskan oleh
Parti Bolsvik pada 1917 dan kemudian secara rasminya menjadikan Rusia sebagai
negara Komunis pertama di dunia.
5. Empayar Kristian
Sepanyol(1402-1899)
Ditubuhkan selepas kemenangan mereka ke
atas Empayar Ummayyah Andalusia pada 1400-an. Empayar ini pernah memiliki tanah
jajahan yang cukup besar yang terdiri daripada negara-negara Afrika, Amerika,
Asia dan Oceania. Kekayaan daripada hasil tanah jajahan adalah tidak terkira
bahkan raja mereka pernah muncul sebagai raja terkaya di dunia satu ketika
dahulu. Empayar ini mencapai zaman keemasan menjelang abad ke-16 hingga abad
ke-17.
Runtuhnya
Empayar: Selepas beberapa siri peperangan yang menelan wang yang besar,
peningkatan kadar inflasi, pemberontakan dalam negeri serta rasuah dalam
kerajaan menyebabkan Empayar Kristian Sepanyol runtuh sama sekali menjelang
akhir abad ke-18.
4. Empayar
Macedonia(336BC-323BC)
Empayar yang sangat ditakuti pada abad
ke-3 sebelum masihi. Dengan terajunya iaitu Alexander the Great selepas
menggantikan ayahnya, Philip yang meninggal dunia akibat dibunuh, empayar ini
telah mengorak langkah dengan agresif menjangkaui imaginasi para pengkritik
Alexander. Alexander yang masih muda belia telah memainkan peranan penting untuk
menyakinkan rakyatnya untuk melaksanakan kempen peluasan kuasa bagi menyebarkan
pengaruh Helinistik Macedonia. Pada satu ketika, empayar Alexander telah
terbentang luas sehingga ke India.
Runtuhnya
empayar: Empayar Macedonia mengalami kemerosotan selepas terbunuhnya
Alexander semasa peperangan di India. Alexander meninggal dunia di saat umurnya
masih muda iaitu 33 tahun. Satu persatu negara di bawah jajahannya mencapai
kemerdekaan selepas pemberontakan demi pemberontakan. Sekiranya Alexander
memiliki umur yang cukup panjang, kemungkinan empayarnya menjangkaui satu
dunia.
3. Empayar
Mongol(1206-1368)
Diasaskan oleh Temujin atau lebih
dikenali dengan Genghiz Khan. Empayar ini mencapai keluasan yang cukup
mengujakan. Hampir setiap peperangan mereka sertai akan memperolehi kemenangan.
Empayar Mongol dikaitkan dengan beberapa keruntuhan tamadun dunia seperti
Tamadun Islam di Baghdad. Empayar Mongol ditakuti oleh setiap tamadun kerana
sikap agresif mereka ketika peperangan. Pada satu ketika, empayar mereka
menjangkaui daripada Asia Timur hinggalah ke Eropah Timur. Disebabkan itu,
Empayar Mongol muncul sebagai empayar paling besar dan kuat dalam sejarah
tamadun manusia.
Runtuhnya
Empayar: Empayar Mongol mula mengalami kejatuhan selepas kematian
Genghiz Khan. Selepas kematian tokoh golongan gasar tersebut, telah berlaku
beberapa siri peperangan saudara di kalangan waris dan anak-anak Genghiz Khan.
Akibatnya, Empayar Mongol mula berada dalam keadaan goyah. Menjelang 1368,
Dinasti Yuan mengambil kesempatan ke atas kelemahan empayar Mongol dengan
memusnahkan sama sekali empayar mereka.
2. Empayar
Rom(27BC-476AD/1453)
Empayar Klasik Rom ini muncul di akhir
tamadun purba manusia. Memiliki tentera yang hebat dan sistematik menyebabkan
empayar ini mampu menakluk kira-kira 6.5 juta km persegi permukaan bumi. Empayar
ini terbahagi kepada dua iaitu Empayar Rom Barat dan Empayar Rom
Timur(Byzantine). Kedua-dua empayar ini memiliki kekuatan yang luar biasa dan
sering berperang dengan sebuah lagi empayar yang kuat ketika itu iaitu Empayar
Parsi Sasanid.
Pemimpin
yang dikenali: Julius Ceasar, Augustus, Brutus, dan
Constantine.
Runtuh
Empayar: Empayar Rom mula runtuh selepas beberapa siri perang saudara,
dan pencerobohan kaum Gasar seperti Atilla the Hun, Vasigoth dan Ostrogoth.
Kemuncuk kemorosatan Empayar ini adalah pada tahun 1453 di mana Empayar
Byzantine mula runtuh selepas diserang bertali arus oleh Sultan Muhammad
al-Fatih ke atas kubu Constantinople. Empayar Byzantine mula runtuh dan bermula
era baru bagi Constantinople dengan pemerintah Islam Uthmaniyyah.
Dan berada di tempat pertama
adalah:
1. Empayar
British(1583-1997)
Ketika zaman kemuncaknya, Empayar
British muncul sebagai empayar paling besar di dunia merangkumi tanah jajahan
daripada Eropah, Afrika, Asia, Oceania,Australia dan Amerika. Boleh dikatakan
seluruh tanah di dunia ini pernah mereka jelajahi. Seorang sejarahwan pernah
berkata;
‘ The Sun never sets on British Empire’
Ia merujuk kepada luasnya empayar
British. Boleh dikatakan Empayar British langsung tidak mengalami kejatuhan dan
tetap kekal sebagai empayar nombor 1 dunia miskipun ketika itu berperang dengan
Nazi Jerman.
Sehingga kini, jajahan British tetap
kekal sebagai ‘jajahan-jajahannya’ dengan penggunaan pelbagai elemen British
seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar(India,Australia,New Zealand dan
beberapa buah negara Afrika), wujudnya sukan negara jajahan iaitu sukan
Commonwealth, undang-undang British yang digunakan cukup meluas di negera bekas
tanah jajahannya termasuklah Malaysia serta beberapa elemen lain yang tidak
boleh diperkatakan kerana bimbang mengundang sensitiviti sesetengah pihak.
Bergitulah bijaknya British memainkan peranan mereka. Dan ia wajar untuk dinobat
sebagai negara penjajah nombor 1 di dunia.!
Sumber dari takusahrisau.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan