Berikutan maraknya kemarahan yang
berterusan berkaitan kunjungan Mufti Mesir ke Al-Quds (Jerusalem), ulama
terkemuka Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi mengecam lawatan itu dan menyebutnya sebagai
haram, melanggar undang-undang, dan sebahagian daripada normalisasi hubungan
dengan Israel dan pendudukan tentera Israel terhadap kota suci umat islam
tersebut.
"Saya tidak berharap orang terkemuka
seperti Syaikh Jumaah melawan konsensus ini dan melawat Jerusalem dan melakukan
solat khusus di masjid Al-Aqsa," kata Syaikh Qaradhawi, presiden persatuan ulama
muslim antarabangsa (IUMS), dalam satu kenyataan yang diterbitkan di websitenya
pada hari Jumaat, 20 April lalu.
"Ada perjanjian bersama antara Muslim
dan Kristian yang mengunjungi Al-Quds akan tetap dilarang selama Israel terus
menduduki dan cuba menguasainya," tegas Syaikh Qaradhawi.
Syaikh Ali Jumaah mengunjungi Al-Quds
pada hari Rabu lalu dan solat di Masjid Al-Aqsa, tempat suci ketiga umat Islam.
Ia disertai oleh Pangeran Jordan, Ghazi bin Muhammad, sepupu Raja Abdullah II
dan penasihat pada isu-isu agama.
Kedua orang itu juga melawat Gereja
Makam Kudus dan patriarkat Ortodoks Yunani selama kunjungan mereka.
Syaikh Jumaah menyatakan bahawa
kunjungannya adalah "tidak rasmi" dan ia masuk ke kota Al-Quds melalui Jordan
dan Tebing Barat, bukan dari sisi Israel. Kementerian Jordan urusan Wakaf dan
Islam mengatakan lawatan itu sesuai dengan perintah dari Nabi
Muhammad.
Namun Syaikh Qaradhawi menggambarkan
lawatan ke Al-Quds di bawah pendudukan Israel sebagai tindakan haram (melanggar
undang-undang) menurut hukum Islam.
Dia mengatakan bahawa orang-orang yang
melawat Jerusalem saat ini sama saja mengukuhkan entiti zionis yang merompak
tanah Palestin, dan merka dipaksa untuk bekerja sama dengan kedutaan zionis
untuk menerima visa.
Sumber dari
eramuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan