YANG MASIH PANAS...

ISU SEKS PELAJAR DI SEKOLAH , IBU BAPA SALAHKAN GURU ?


KUALA LUMPUR – Isu pelajar sekolah mengadakan hubungan seks atau mengandung anak di luar nikah bukanlah merupakan sesuatu yang baru untuk diperkatakan pada hari ini. Menurut borak-borak penulis bersama beberapa guru di sekolah-sekolah menengah sama ada swasta mahupun bantuan penuh kerajaan, boleh dikatakan hampir setiap tiga bulan mereka diberitahu mengenai kes-kes baru membabitkan hubungan terlarang di kalangan anak-anak murid mereka itu. Sampai ke satu tahap, cuping telinga guru-guru seolah-olah tepu dan bosan dengan masalah sosial yang kian membarah di kalangan pelajar. “Apa yang kami mampu, kami dah buat..panggil, nasihat, berleter, kaunseling..nak pukul tak dibenarkan pulak. “Kami ada beritahu ibubapa pelajar-pelajar ni, mak bapak diorang datang..tapi bukan nak menegur atau berbincang masalah anak..diorang siap marah kami lagi..kononnya kami ada-adakan cerita..dia kata anaknya baik je kat rumah. “Dalam meeting PIBG pun ada suarakan..tapi cikgu-cikgu jugak yang dipersalahkan..memang kami pendidik..kami beri ilmu..tapi kalau anak-anak mereka tak gunakan ilmu tu dan buat suka hati macamana pulak? Takkan salah kami jugak?,” keluh guru-guru tersebut. Penulis bawa pula masalah ini di kalangan ibu bapa dan mendapati memang benar apa yang dinyatakan guru-guru tersebut, memang mereka menyalahkan para pendidik di sekolah pun. “Aku hantar anak aku pergi sekolah..aku nak cikgu ‘sekolahkan’ dia..jadi dia kena buat sampai anak aku pandai la..pandai fikir..pandai beza mana baik mana yang buruk..bukan setakat pelajaran je yang perlu pandai. “Alaaa..cikgu-cikgu sekarang ni teruk..suka lari dari tanggungjawab, anak aku tu lebih banyak masa dihabiskan di sekolah..bila ada di sekolah maka dia bawah tanggungjawab guru la,” kata ibu bapa pula. Namun tak semua ibu bapa yang menyalahkan guru, sebaliknya menyalahkan pula kerajaan. “Aku rasa, kerajaan la yang salah..dasar pendidikan sekarang ni agak terbuka..dah ada internet kat sekolah..tu yang masuk website lucah tu..habis rosak budak-budak. “Dulu di zaman aku, guru-guru boleh rotan..boleh pukul budak-budak..tapi tak la pukul sampai mati, tapi zaman sekarang ni dasar apa ntah yang kerajaan buat sampai tak kasi jentik budak..tu yang jadi terbalik tu..sekarang ni budak-budak pulak pukul cikgu!,” kata rakan saya yang mempunyai anak di tingkatan 4. Tergaru-garu kepala penulis mendengar rintihan guru-guru dan para ibu bapa mengenai masalah anak-anak mereka itu. Persoalannya, bukannya mahu mencari salah sesiapa dan penulis lebih berminat mencari mekanisma yang wajar serta tepat untuk menghapuskan suatu amalan yang tidak patut dijadikan budaya itu. Apa pula pandangan pembaca? Ada idea? –Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate