Oleh Ust.Mohd Firdaus Jaafar
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak serta Timb.Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin yang bertindak membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa ada ‘sekelumit’ perasaan rasa bersalah.
Ini berdasarkan kepada jawapan bertulis yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri di dalam sidang parlimen semalam bahawa mereka telah membelanjakan hampir RM608.68 juta sepanjang tempoh 12 minggu iaitu antara Januari sehingga Mac 2012 untuk kos lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin..
Ini sesuatu yang memeranjatkan kerana walaupun mereka cuba berselindung di sebalik lawatan kerja namun umum mengetahui tujuan mereka tidak lain tidak bukan adalah atas dasar untuk berkempen semata-mata bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi.
Mereka membelanjakan sejumlah RM220 juta di Perak sahaja. Dan di Johor RM201.4 juta dibelanjakan dalam ‘lawatan kerja' mereka. Mereka ‘turun' menjelajah negeri-negeri ini dengan tanpa segan silu menggunakan lambang BN. Dimana tahap ‘profesional' yang kerap dilaungkan oleh mereka?
Dalam masa yang sama, tidakkah mereka sedar bagi tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)?
RM608.68 juta bukanlah satu jumlah yang kecil jika situasi semasa rakyat Malaysia diambil kira. Rakyat yang terus dihimpit dengan kenaikan harga barang dan harga minyak yang tinggi serta ditambah dengan tahap kadar kemiskinan yang amat membimbangkan. Ditambah dengan kadar pengangguran yang tinggi serta kadar inflasi di Malaysia yang pada bulan Disember 2010 lalu naik kepada 2.2 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan namun itu semua tidak memberikan ‘kesan' kepada Najib dan Muhyuddin yang dengan ‘sambil lewa' memboroskan wang rakyat tanpa memikirkan kesan terhadap sosio ekonomi. Bagi mereka yang penting kempen mesti dijalankan sambil berharap agar rakyat terus memberi mandat kepada UMNO/BN memerintah Malaysia.
DPPM berharap agar rakyat Malaysia ‘celik' dengan tindakan mereka yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO/BN dalam membelanjakan wang rakyat. Inilah yang digembar-gemburkan dengan istilah ‘wasatiyyah' dan dalam masa yang sama terus ‘istiqamah' membaham wang rakyat demi untuk kepentingan diri sendiri. Ayuh kita tolak UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya ‘bahasa undi' sahaja yang mereka faham.
Disediakan Oleh;
Ust.Mohd.Firdaus JaafarEXCO merangkap Ahli Parlimen Jerai

Tiada ulasan:
Catat Ulasan