YANG MASIH PANAS...

Haruskah Menjatuhkan Pemerintah - Mengikut Pandangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ulama sepakat menyatakan, tidak harus mengugurkan dan keluar dari melakukan ketaatan kepada pemerintah, selama pemerintah itu melaksanakan tuntutan syariat, adil terhadap rakyat dan menguruskan maslahat rakyat dengan kebaikan.

Walaubagaimanapun, disana terdapat beberapa amalan-amalan pemerintah yang wajib kepada rakyat mengugurkan mereka dari pemerintahan. Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut;

a. KUFUR ATAU MURTAD

Apabila seseorang pemerintah sudah terkeluar dari Islam secara nyata, samada dengan murtad atau melakukan amalan syirik, maka wajib kepada rakyat melakukan beberapa tindakan untuk mengugurkan pemerintah tersebut.

Kewajipan ini didasari kepada firman Allah;

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk orang-orang Yang beriman”

(Surah An-Nisa’ : 141)

Pemerintahan merupakan sebesar-besar jalan dalam kehidupan umat. apakah ada dalam kehidupan muslim jalan yang lebih besar dari jalan pemerintahan? Maka dari ayat ini, jelas kepada kita, sekiranya pemerintah kepada sesebuah Negara telah melakukan amalan yang membawa kepada kafir, maka wajib kepada rakyat mengugurkan pemerintah tersebut.

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Ubbadah bin as-somit R.A berkata;

دَعَانَا النبي (ص) فَبَايَعْنَاهُ فقال فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا على السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ في مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إلا أَنْ ترو كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ من اللَّهِ فيه بُرْهَانٌ

Maksudnya;
“Nabi SAW telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika untuk berbaiah, supaya dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas, keadaan benci, keadaan susah, keadaan mudah, pemerintah melakukan kepentingan dirinya terhadap kami. Dan kami tidak dibenarkan memecat urusan akan ahlinya melainkan dilihat kekufuran terhadap Allah dengan cara yang nyata disisi kamu. Maka itu adalah buktinya[1].

Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam An-nawawi mengatakan bahawa, maksud dengan pemerintah melakukan amalan kufur adalah pemerintah itu melakukan maksiat[2].

Dari hadis yang dinyatakan diatas, difahami bahawa wajib mengugurkan pemerintah yang telah melakukan amalan-amalan yang boleh membawa kepada kufur.

Al-Kasymiri menyatakan;

ودل – اي هذا الحديث – أيضا على اهل القبلة يجوز تكفيرهم و إن لم يخرجوا عن القبلة , و أنه قد يلزم الكفر بلا التزام و بدون أن يريد تبديل المللة

Maksudnya;
“dan menjadi dalil (dari hadis ini) juga, harus mengkafirkan ahli kiblat, walaupun mereka tidak keluar dari qiblat (masih lagi solat mengadap qiblat). Dan (ini adalah kerana), kadangkala (ahli qiblat) melakukan kekufuran dengan tidak iltizam (dengan kekufurannya itu) dan tanpa mahu mengubah akan “al-millah”[3].

Dari zahir hadis ini, seseorang pemimpin yang telah melakukan amalan yang membawa kepada kekufuran, maka wajib diusahakan agar dilucutkan jawatan kepimpinannya itu.

Keadaan ini diakui oleh Al-Qadi ‘Iyad dengan katanya, telah sepakat ulama atas sesungguhnya kekufuran menyebabkan kepimpinan itu tidak terakad. Justeru itu, sekiranya berlaku amalan kekufuran dan pengubahan terhadap syara’, atau perkara bidaah, maka dengan itu, kepimpinannya akan terkeluar disamping gugurlah ketaatan yang perlu diberikan kepadanya. Menjadi satu kewajipan kepada muslimun, melucutkannya dari kepimpinannya dengan menggantikan kepimpinan yang adil sekadar yang berkemampuan dalam melakukannya. Tindakan melucutkan kepimpinan itu memadai dengan sebilangan dari muslimin melaksanakannya[4].

Berkata As-Safaaqasi, ulama sepakat atas sesungguhnya khalifah yang menyeru kepada kekufuran dan amalan bidaah, maka hendaklah dilakukan pemberontakan (pemberontakan bukan bermakna menggunakan senjata) keatasnya[5].

b. MENINGGALKAN SOLAT DAN MENYERU KEPADA MENINGGALKAN SOLAT.

Sepertimana kekufuran merupakan antara sebab pemerintah wajibkan di lucutkan dari pemerintahannya, maka begitujuga wajib menggugurkan pemerintah yang tidak menunaikan solat, disamping menyeru manusia kepada meninggalkan solat.

Perlucutan atau mengugurkan kepimpinan sesebuah pemerintah yang berpunca dari tidak menunaikan solat tersebut, adalah samada dengan sebab mengingkari kewajipan solat, atau tidak menunaikan solat kerana bermudah-mudah dengan solat atau dengan sebab malas menunaikan solat.

Dalil bagi menguatkan kenyataan ini adalah hadis, daripada Buraidah berkata, bersabda Nabi SAW;

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

Maksudnya;
“perjanjian diantara kami dan antara kamu adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya, maka ia telah menjadi kafir[6]”

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عليهم وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فقال لَا ما أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ

Maksudnya;
“sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu menunaikan solat atas mereka, dan mereka menunaikan solat atas kamu. (adapun) sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu marah, dan mereka marah kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Berkata (Auf), kami berkata : Wahai Rasulullah SAW; apakah boleh kami boleh menyerang mereka dengan pedang? Berkata (nabi) ; tidak boleh, selama mereka menunaikan solat[7]”

Dari hadis ini difahami, sekiranya pemerintah meninggalkan solat, maka selayaknya mereka diserang.

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lainnya, daripada Ummu salamah R.Ha yang berkata;

إنه يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ من رضي وَتَابَعَ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ ألا نُقَاتِلُهُمْ قال لَا ما صَلَّوْا

Maksudnya;
“sesungguhnya kamu diperintah oleh pemerintah, kamu mengenali mereka, tetapi kamu ingkari mereka. barangsiapa yang benci, maka dia bebas. Barangsiapa yang ingkar, maka dia selamat, melainkan orang yang redha dan mengikuti (mereka). berkata (sahabat), Wahai Rasulullah, apakah tidak (boleh) kita menyerang mereka? berkata nabi SAW; tidak boleh, selama mereka menunaikan solat[8]”

Dari hadis ini, jelas kepada kita bahawa, selagi pemerintah itu menunaikan solat, maka tidak boleh mengugurkan jawatan kepimpinannya. Dari itu, mafhum mukhalafahnya, sekiranya pemerintah itu tidak menunaikan solat, maka wajib menyerang mereka. pun begitu, perlu diketahui, serangan itu hendaklah dijadikan sebagai wasilah yang terakhir.

c. TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH.

Antara sebab pemerintah itu digugurkan pemerintahannya adalah bersebabkan mereka tidak berhukum dengan hukum Allah. ini didasari kepada nas-nas berikut;

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Yahya bin Al-Hushain, daripada neneknya, ummu Hushain berkata;

سمعت رَسُولَ اللَّهِ (ص) يقول إن أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما قَادَكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Aku dengar Rasulullah SAW berkata; sekiranya kamu diperintah oleh hamba habsyi yang luas lubang hidungnya, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya, selama dia melaksanakan kitabullah[9]”

Dari hadis ini, jelas kepada kita, dengar dan ketaatan hanya diberikan kepada mereka yang melaksanakan hukum Allah. adapun pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka wajib digugurkan mereka dari pemerintahan mereka.

d. MELAKUKAN KEFASIQAN, ZALIM DAN BIDAAH

Ulama telah sepakat menyatakan, tidak teraqad pemerintah yang dilantik sedangkan ia adalah seorang yang fasiq. Imam Al-Qurtubi menyatakan;

لا خلاف بين الأمة أنه لا يجوز أن تعقد الإمامة لفاسق

Maksudnya;
“Tiada khilaf dikalangan umat, sesungguhnya tidak harus diaqadkan kepimpinan bagi orang Fasiq[10]”

Walaubagaimanapun, ulama berkhilaf tentang kefasikan yang dilakukan oleh pemerintah di kala dia memerintah, sedangkan pada awal perlantikan, dia tidak fasiq.

Ulama-ulama yang menyatakan wajib mengugurkan jawatan pemerintah yang fasiq adalah, Imam Al-Qurtubi, pendapat qaul qadim Imam As-Syafii[11], setengah ashab as-syafiiyyah[12] dan satu pendapat yang masyhur dari Abu hanifah.

Imam Al-Qurtubi menyatakan;

الثالثة عشرة الإمام إذا نصب ثم فسق بعد أنبرام العقد فقال الجمهور إنه تنفسخ إمامته ويخلع بالفسق الظاهر المعلوم لأنه قد ثبت أن الإمام إنما يقام لأقامة الحدود وأستيفاء الحقوق وحفظ أموال الأيتام ........"

Maksudnya;
“yang ke tiga belas, pemerintah yang dilantik kemudian menjadi fasiq setelah perlantikan. Berkata jumhur, sesungguhnya terfasakh dan tercabut kepimpinannya dengan sebab fasiq yang zahir dan dimaklumi. Ini adalah kerana, sesungguhnya telah sabit bahawa kepimpinan hanyasanya dilantik untuk melaksanakan hudud, menyempurnakan hak-hak, menjaga harta anak yatim………[13]”

Adapun ulama yang mengatakan tidak wajib mengugurkannya adalah, Qadhi Iyad dan sebilangan besar dari Fuqaha’ dan Muhaddisin. Walaubagaimanpun, mereka mewajibkan memberi nasihat dan peringatan kepada pemerintah yang melakukan amalan fasiq[14].

PENUTUP

Tulisan ringkas ini sekadar menerangkan balik disebalik kekeliruan yang telah ditimbulan oleh satu golongan yang membataskan ketaatan kepada pemerintah selagi pemerintah menunaikan solat.

Empat perkara yang dinyatakan di atas, adalah perkara yang disepakati oleh ulama atas mewajibkan diambil tindakan terhadap pemerintah bagi mengugurkan mereka dari pemerintahan.

Pun begitu, disana terdapat beberapa perkara yang dikhilafi oleh ulama dalam mengugurkan kepimpinan seseorang pemerintah, seperti pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran yang cergas dalam pemerintahan dan tidak berupaya untuk mengurus Negara dengan baik.

sumber : al-hajari.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate