Rasulullah adalah orang yang paling
fasih berbicara dan yang paling indah perkataannya. Beliau berkata, "Aku adalah
orang arab yang paling fasih". Para penghuni syurga berbicara dengan bahasa yang
digunakan nabi, iaitu bahasa Arab. Perkataanya mengandung makna luas namun
penggalan katanya tidak berlebihan dan tidak pula kekurangan. Yang
mendengarkannya dapat memahami dan menghafal dengan mudah kerana antara kata
yang satu dengan yang lain berkaitan.
Rasulullah tidak bercakap, baik saat
senang maupun marah, kecuali yang dibicarakannya itu benar. Rasulullah adalah orang yang paling banyak
tersenyum dan yang paling gembira hatinya, selama bukan pada waktu turunnya
wahyu, saat menyebut hari kiamat atau saat berkhutbah memberikan
nasihat.
Suatu hari seorang lelaki kampung telah
datang dengan maksud bertanya kepada Rasulullah pada saat beliau sedang memikirkan
sesuatu. Namun para sahabat mencegahnya seraya berkata, "Wahai orang badui,
jangan engkau lakukan, kami melihat Nabi sedang memikirkan
sesuatu."
Tapi orang badui itu berkata, "Biarkan
saya, demi Zat yang telah mengutusnya dengan membawa kebenaran sebagai Nabi,
saya tidak akan membiarkannya dalam keadaan seperti itu, saya akan membuatnya
tersenyum."
Lalu orang badui itu bertanya, "Wahai
Rasulullah maklumat yang sampai kepada kami bahawa al-masih (Dajjal) akan datang
kepada manusia dengan membawa tsarid (bubur), tapi mereka semua binasa kerana
kelaparan. Demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusanmu, menurutmu apakah aku
harus menolak buburnya demi memelihara diri dari yang tidak halal hingga aku
mati kurus? Ataukah aku makan buburnya hingga kenyang namun tetap beriman kepada
Allah dan mengingkari Dajjal "
Mendengar soalan itu, Nabi tertawa
hingga nampak gigi gerahamnya. Lalu beliau berkata, "Jangan kau makan, Allah
akan mencukupi keperluanmu sebagaimana ia mencukupi keperluan kaum
mukmin."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan