Pada awalnya, manusia meyakini bahawa
jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina
ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Jauh sebelum ilmu pengetahuan
mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah memberi
tahu bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani
apabila dipancarkan".
Mari semak surah An-Najm [53] ayat
45-46: "Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air
mani, apabila dipancarkan."
Menurut Harun Yahya, kromosom Y membawa
sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di
dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat
kewanitaan.
Di dalam air mani ayah, terdapat
sperma-sperma yang mengandungi kromosom X atau kromosom Y saja. Jadi, jenis
kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang membuahi
sel telur, apakah X atau Y. Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat
tersebut, penentu jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah.
Pengetahuan tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran
diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam
Allah.
'' Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang
berkembang seperti genetik dan biologi molekul secara saintifik telah
mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan Al-Quran ini,'' ujar Harun
Yahya.
Menurut dia, kini diketahui bahawa
jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari lelaki, dan bahawa wanita tidak
berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam
penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang
manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada
lelaki, dan "XX" pada wanita.
Menurut dia, penamaan ini adalah
berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf
ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kelelakian, sedangkan
kromosom X membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan seorang manusia bermula
dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan
wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua-dua bahagian sel
kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom
X.
Sebaliknya, sel kelamin seorang lelaki
menghasilkan dua sel sperma yang berbeza, satu berisi kromosom X, dan yang
lainnya mengandungi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita
ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir
berjenis kelamin lelaki.
'' Dengan kata lain, jenis kelamin bayi
ditentukan oleh jenis kromosom dari lelaki yang bergabung dengan sel telur
wanita,'' papar Harun Yahya.
Tak satu pun maklumat ini dapat
diketahui dalam ilmu genetik pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat,
diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum
wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun, tiga belas abad sebelum penemuan
gen manusia, Al-Quran telah mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan
khurafat ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan
tetapi air mani dari lelaki.
sumber dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan