Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon
testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh
meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum
mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan
janggut, dan belailah selalu janggut suami.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang
tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang
disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan
hikmah dan kelebihannya.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan
bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara
janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang
keras.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah
ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya
individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan
suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban
yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk
perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah
perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan
seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada
orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum
berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai
Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya
komited dalam hal ini.
Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang
jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar
pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya
mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun
ketaatan tersebut disangka perkara kecil.
Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada
mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap
lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.
- sumber dari usrahonline.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan