Sejumlah ulama Al-Azhar mengecam keras
langkah yang dilakukan oleh Mufti Besar Mesir Syaikh Ali Jumaah Rabu 18/4) untuk
melawat masjid Al-Aqsa di wilayah pendudukan Israel.
Syaikh Nasr Farid Wasil dari Al-Azhar
mengecam keras lawatan ini, sambil menekankan bahawa dirinya tidak boleh
menerima tindakan yang dilakukan oleh Mufti dan menyeru Mufti dipecat dari
jawatannya.
Menurutnya lawatan ke Baitulmuqaddis
memerlukan visa dari negara Zionis yang mengawal Jerusalem, dan hal itu sama
saja mengakui kewujudan zionis. Syaikh Wasil juga menegaskan bahawa kedudukan
Al-Azhar sangat jelas berkaitan masalah ini, iaitu larangan melawat Jerusalem
selama masih di bawah pendudukan Israel.
Pada bahagian lain Syaikh Safwat Hijazi
menegaskan: "Kami menolak kunjungan ini dan Ali Jumaah telah melakukan
penyimpangan dalam masalah ini."
"Saya menolak kunjungannya dan saya
menuntut Mufti dipecat dari kedudukannya, tindakan dia tidak boleh diterima dan
hal ini menunjukkan adanya watak dari sisa-sisa rejim sebelumnya di Mesir,"
tegas Hijazy.
Sementara itu, Syaikh Abdul Muti
Bayumi, seorang profesor di Universiti Al Azhar mengatakan: "Kami tidak boleh
menerima logik Ali Jumaah dalam lawatan ke Al-Aqsa yang masih di bawah
pendudukan Israel," dan menyatakan kemarahannya lawatan ini.
Sumber maklumat menegaskan bahawa
lembaga Al Azhar tidak mempunyai pengetahuan mengenai lawatan tersebut, dan
Al-Azhar menyatakan terkejut bahawa Mufti Besar Mesir melakukan kunjungan ke
Baitulmuqaddis tidak memberitahu Al-Azhar
sumber dari eramuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan