Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad
dilaporkan telah berangkat ke Caracas untuk menghadiri pengebumian Hugo
Chavez.
Chavez adalah Presiden Venezuela yang
mati akibat kanser.
Ahmadinejad sangat memuji Chavez, dan
membandingkannya dengan begitu suci sambil mengatakan bahawa Chavez akan kembali
pada hari kebangkitan nanti bersama Isa.
Dalam ucapan takziah pada hari Rabu
(6/3/2013), Ahmadinejad juga berkata"tidak diragukan lagi Chavez akan kembali ke
bumi bersama-sama dengan Isa dan Imam Mahdi".
Ahmadinejad juga mengatakan bahawa
Chavez akan "menegakkan keamanan, keadilan dan kebaikan" di dunia. Ahmadinejad
percaya sesuatu yang "mencurigakan" telah menyebabkan kanser
Chavez.
Presiden Syiah itu mempunyai hubungan
erat dengan Chavez dan dua pemimpin itu sering bertemu selama beberapa tahun
terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan