Kajian terbaru yang dilakukan
penyelidik dari Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa di zaman Firaun (ribuan
tahun lalu) iklim dunia mencapai titik terpanas berbanding suhu Bumi saat
ini.
Dari The register, Rabu (13/3/2013),
kajian terbaru ini disokong oleh National Science Foundation untuk mengungkap
suhu Bumi di masa lalu. Kaedah analisis ini meliputi serbuk sari purba, teras
ais, kerang dari organisma laut dan sebagainya.
Salah satu hasil dari kajian ini ialah
bahawa suhu mulai dari 2000-2009 belum melebihi suhu terpanas dari awal zaman
Holosen (5000 hingga 10 ribu tahun lalu). Wikipediamenerangkan, Holosen
merupakan skala waktu yang berlangsung antara 9560 hingga 9300 sebelum
masehi.
"Dalam 100 tahun terakhir, peningkatan
karbon dioksida melalui pengeluaran meningkat dari kegiatan manusia," ungkap
penyelidik Shaun Marcott dari Oregon State University. Diyakini sekira 5000
tahun lalu, Bumi diketahui lebih hangat berbanding saat ini.
Saintis percaya bahawa terdapat "tempoh
hangat abad pertengahan" yang berlaku kira-kira seribu tahun lalu. Saintis dari
Johannes Gutenberg-Universitat di Mainz, Jerman juga pernah meneliti tentang
suhu Bumi ribuan tahun lalu.
Beberapa saintis bersetuju tentang
hasil Marcott. Mereka berkata, di zaman pertengahan (Medieval) dan masa kejayaan
Rom suhu Bumi juga panas. Dalam kajian lain, diyakini bahawa pemanasan global
dijangka hanya berlangsung dalam abad ini, yang menandakan peningkatan permukaan
laut pada skala meter atau lebih hingga tahun 2100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan