Ruang Solat Liga Premier Inggeris (Newcastle United)
Baru-baru ini akhbar Inggeris “Mirror” 4 April 2013 melaporkan bahawa
kelab gergasi bola sepak Inggeris, Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang
solat bagi pemain Islamnya menunaikan solat sebelum perlawanan. Setakat ini ada
sekurang-kurangnya tujoh orang pemain Islam di dalam pasukkan Liga Premier
Inggeris. Hampir kesemua mereka menjaga solat fardhu. Namun mereka mengeluh
kerana setiap kali perlawanan akan dijalankan dan dalam waktu yang sama masok
waktu solat, maka sukar bagi mereka melaksanakan solat.
Namun begitu, pengurusan pasukkan Newcastle United
bersetuju untuk menyediakan ruang solat kepada pemain Islamnya. Sebelum ini
pemain-pemain yang beragama Islam terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk
bersolat. Kata salah seorang pegawai pasukkan liga berkenaan,” Doa sebelum
pertandingan juga sebahagian perkara yang penting di dalam sesuatu perlawanan.”
Beliau memberi jawapan bila diajukan soalan oleh salah seorang wartawan. Mereka
menganggap bersolat dan berdoa sebahagian dari “Team Work” di dalam
pasukkan.
Pasukkan yang terbanyak pemain Islam setakat ini adalah
Newcastle United. Setiap kali perlawanan, pasukkan ini akan berdoa dengan
dipimpin oleh Demba Ba salah seorang pemain Islam yang paling soleh. Kini Demba
Ba telah berpindah ke Kelab Chelsea.
Terbalik di tempat kita di Malaysia, paling kerap
tinggalkan solat adalah pemain bola sepak kita. Lihatlah ketika perlawanan di
Liga Perdana Malaysia. Bukan hanya pemain yang tidak solat malah ribuan penonton
juga ikut tidak solat. Ruang solat yang disediakan di stadium kekadang kosong
sewaktu perlawanan diadakan. Kalau ada yang solat pun boleh dikira dengan
jari.
Tidak pernah terfikir dibenak pengurus pasukan yang
ada di Liga Perdana Malaysia agar setiap
pemain pasukkannya boleh memelihara solat dan berdoa beramai-ramai sesudah
solat. Bila ini berlaku maka rebutan jawatan khususnya di dalam FAM menjadi
perkara utama. Mutu permainan masih ditakuk lama. Sekitar tahu 70an kita sebaris
dengan Korea dan lain-lain negara, namun kini di tempat tercorot. Permainan
gagal ke tahap professional ditambah lagi dengan dosa tinggalkan solat setiap
perlawanan. Namun begitu di Barat, mereka telah nampak nilai-nilai amalan
keagamaan di setiap keadaan.
Wallahulam.
al-alorstari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan