KUANTAN,
6 Mei - Orang ramai yang hadir ke
program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB
Perdana Menteri" di Taman Gelora
dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program
tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para
pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih
gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu
dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan krew
PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan
memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya
kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN,
kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya
kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun
ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan
kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini
agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang
diadakan sempena program Tahunan Isteri
Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut
diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini
menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan
air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala
aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan
expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah
membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang,
Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain
kenamaan.
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
[Sungguh
memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam
mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan
lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi
Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun,
ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri
Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani
dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan
dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah
oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program
Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang
dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah
lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program
Najib itu sendiri].
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan