Firman
Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah
telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah
Maa’idah: 97)
“Neil
Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah
adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya
di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai
hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik
rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara
Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman
Allah yang bermaksud:
“Demikianlah
Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan
kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya
(negeri-negeri di sekelilingnya).”(asy-Syura: 7)
Kata “Ummul
Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain
hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih
dari itu, kata “ummu” (ibu)
mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana
seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari
semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
“Wahai
jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan
bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan
(ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah
bentuk jamak dari kata “qutr” yang
bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak
diameter.
Berdasarkan
ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas
diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi,
dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan
langit.
Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah
berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang
membentuk bumi.
Nabi
Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai
orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah
pertengahan langit.”
Berdasarkan
penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia),
maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang
seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik
dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil
Amstrongmembuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah
pusat kepada planet Bumi,sedangkan
Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan
kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika
kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil
gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet
Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia
berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah.
Para
angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi,
secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi
sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan
tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah
melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota
Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka
mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti
Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan
antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub
utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas
tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar
antara kedua kutub .
Itulah
sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih
sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu
lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu
tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan
ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian
lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan
juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga
buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan
bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
“Hajar
Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan
dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”(Jami’ al-Tirmidzi
al-Hajj)
“Hajar
Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya
dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
*Sumber
hasnulhadiahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan