Harakahdaily
TEMERLOH: Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan hari ini merasmikan markaz Unit Peti
Undi (UPU) Paya Jauh di sini sebagai tanda persediaan berdepan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) ini.
Uniknya di UPU ini,
mereka turut membina replika sebuah kapal selam gergasi mengambil sempena isu
skandal Scorpene yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.
Replika kapal gergasi
itu dibalut dengan kain hijau dan tertera logo pangkah PAS serta bendera
Malaysia.
Bersebelahan dengannya
juga turut dibina replika wau bulan.
Kedua-dua replika
tersebut dibina sebagai menyuntuk semangat dan menyatakan kesungguhan jentera
parti di UPU tersebut untuk berkerja memenangkan PAS.
Ianya juga sebagai
simbol perang pilihan raya sudah bermula, sekaligus mewarnai suasana sepanjang
kempen.
Majlis tersebut turut
dihadiri Yang Dipertua PAS (YDP) Temerloh Jusoh Darus, Naib YDP Syed Hamid,
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Semantan Firdaus, serta Ketua Pemuda PAS
Kawasan Temerloh Sukri Suib dan AJK PAS kawasan yang lain.
Hampir 100 orang
terdiri saripada masyarakat setempat turut hadir pada majlis itu tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan