Syahir Sulaiman, | 23 Apr 2013 |
Jika sebelum parlimen dibubarkan, semua pantas membawa khabar ramalan, “Esok parlimen dibubarkan!”, kini selepas parlimen dibubarkan, jangkaan “Kita boleh menang!” menjadi ramalan yang kerap diutarakan.
Maka, panjanglah bicara setiap kita untuk meyakinkan keabsahan ramalan, sedangkan kerja dan tugasan masih banyak yang tertangguh untuk dilaksanakan.
Masih terpahat amanat untuk memperteguh amal, sebagaimana yang disampaikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada petugas pilihanraya PAS di Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Kedah pada Jun 2012 yang lepas, tiada pula disuruh kita meramal:
“SELURUH ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah;
Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi. Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat;
Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam;
Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT;
Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan Rela. Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.”
Saranan ini turut diperkukuh oleh Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan agar jentera Pemuda melaksanakan elemen SMART dalam fasa sebegini kritikal:
“Jentera Pemuda PAS di semua peringkat WAJIB menumpukan semua aktiviti lajnah dan jabatan dalam tempoh kritikal ini untuk memenangi PRU13 dengan melaksanakan Program Berimpak Tinggi yang dapat melonjakkan undi gologan muda dan pengundi baru kepada PAS & Pakatan Rakyat.
Program berimpak tinggi yang saya maksudkan adalah program-program yang memenuhi kehendak kumpulan sasar dan menepati objektif parti, dengan apa yang disimpulkan sebagai S.M.A.R.T, iaitu:
SENTUH - merancakkan program Sentuh Pengundi melalui aktiviti citra anak muda seumpama kegiatan sukan dan rekreasi (futsal, badminton, permotoran, kayuhan basikal, fotografi, kembara), makanan (BBQ santai, sembang teh tarik) dan kebajikan (ziarah kemanusiaan, bantuan bencana);
MAKLUM - melipatgandakan peranan penerangan & maklumat segar kepada kumpulan sasar, samada secara media tradisi (kuliah agama, wayang pacak, ceramah kelompok, ceramah umum) mahupun dengan memaksimakan saluran media baru;
AGENDA - penjelasan setiap satu daripada agenda Anak Muda Berkebajikan dan Manifesto Pakatan Rakyat kepada masyarakat awam;
RIBAT - semua jentera pilihanraya Pemuda di Unit Pengundi Muda (JPRU, JPRD, JPRK, JPRN, JPRP) perlu mantap, bersatu, erat dan tangkas bergerak mengikut perancangan serta strategi yang telah disusun, khususnya aktiviti daftar & semak, jejak & khidmat, serta atur & jemput; dan
TAWAKKAL - mengeratkan Ukhuwwah sesama kita, sentiasa bertemu dalam sesi usrah dan ziarah, terus memperkukuhkan Hablun Minallah (hubungan dengan Allah) sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada-Nya.”
Justeru, janganlah sibuk meramal kalah atau menang, janganlah juga sibuk meramal habuan dan jawatan selepas dikurniakan menang. Semoga Allah membantu kemenangan, yang terbit daripada amal dan keikhlasan. Percayalah, jika PRU13 kita sibuk meramal, pada PRU14 kita pula yang akan diramal

Tiada ulasan:
Catat Ulasan