Sebelum Saidina Umar r.a wafat, beliau mewasiatkan agar salah seorang dari 6 sahabat yg dijanjikan syurga dipilih sebagai khalifah. Mereka ialah Saidina Uthman, Saidina Ali, Saidina Talhah, Saidina Zubair, Saidina Abdurrahman bin Auf dan Saidina Saad bin Abi Waqqas r.anhum. Seorang lagi sahabat Nabi s.a.w yg dijanjikan syurga iaitu Saidina Sa'id bin Zaid r.a tidak dicalonkan oleh Saidina Umar r.a kerana beliau ialah sepupu kepada khalifah merangkap adik iparnya. Oleh kerana khuatir dengan unsur kronism, nama beliau tidak dicalonkan oleh Saidina Umar r.a. Walaupun nama yang dicadangkan itu ada 6 orang, namun Saidina Umar r.a meramalkan bahawa orang ramai akan mengutamakan Saidina Uthman r.a ataupun Saidina Ali r.a.
Saidina Umar r.a juga mewasiatkan agar solat jenazah beliau diimamkan oleh Saidina Suhaib bin Sinan al-Rumi r.a dan agar Saidina Suhaib mengimamkan orang ramai dalam solat fardu selama 3 hari sehinggalah terlantiknya khalifah baru. Di samping itu beliau mewasiatkan agar dilantik 50 orang wakil dari kalangan muslimin untuk menjadi caretaker selama 3 hari, dan mencadangkan agar wakil-wakil ini disupervised oleh Saidina Abu Talhah r.a dan Saidina Miqdad bin Aswad r.a.
Dalam proses pemilihan khalifah, kesemua calon khalifah bersetuju untuk melantik Saidina Abdurrahman bin Auf r.a sebagai pengerusi jawatan kuasa pemilih. Beliau sendiri bertegas tidak akan menjadi khalifah. Dalam mesyuarat yg diadakan di rumah Saidina Miswar r.a itu, setiap calon ditanya siapakah yg paling layak, dan setiap mereka mencalonkan Saidina Uthman r.a, hanya Saidina Uthman r.a sahaja yang mencalonkan Saidina Ali r.a.
Kemudian Saidina Abdurrahman bin Auf r.a tidak berhenti di situ sahaja. Beliau mula bertanya kepada semua mereka yang berada di Madinah Munawwarah. Lelaki dan wanita, kanak-kanak dan dewasa, musafir dan muqim, individu dan kumpulan. Hatta beliau meminta pendapat secara rahsia dan terang-terangan. Kesemuanya mencadangkan agar Saidina Uthman r.a menjadi khalifah kecuali dua sahabat Nabi s.a.w mencadangkan Saidina Ali r.a iaitu Saidina Ammar r.a dan Saidina Miqdad r.a.
Selama 3 hari itu Saidina Abdurrahman bin Auf r.a meninggalkan tidurnya. Kebanyakan masa dihabiskan dengan doa, istikharah dan istisyarah i.e meminta pandangan orang ramai.
Selepas 3 hari, beliau mengumpulkan orang ramai di masjid Nabi s.a.w. Beliau membaca doa dan memberi khutbah yang panjang dan berkata: "Saya telah bertanya kepada semua pihak, individu atau berdua, penunggang dan pejalan kaki mengenai siapakah yang paling layak." Beliau kemudian memanggil Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a agar tampil ke hadapan ke arah minbar. Beliau bertanya kepada Saidina Ali r.a, kalaulah beliau dilantik menjadi khalifah, adakah beliau akan menguruskan empayer Islam menggunakan Kitab Allah, Sunnah RasulNya s.a.w dan mengikut cara pentadbiran Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.anhuma? Saidina Ali menjawab: Tidak, tetapi mengikut usaha saya sendiri (i.e menurut Quran dan Sunnah, tetapi tidak terikat dengan cara pentadbiran Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a).
Kemudian Saidina Uthman r.a ditanya soalan yang sama dan beliau menjawab: Ya.
Saidina Abdurrahman bin Auf r.a kemudian mengisytiharkan bahawa dengan kuasa yg diamanahkan kepada beliau, kini beliau menyrahkan amanah tersebut kepada Saidina Uthman r.a. Terdapat riwayat bahawa orang yang pertama membai'ah kepada Saidina Uthman r.a ialah Saidina Ali r.a sendiri. Setengah riwayat berkata beliau ialah orang terakhir yang berbai'ah. Wallahu a'lam. Kemudian barulah sekelian yang hadir berpusu-pusu membai'ah Saidina Uthman r.a, termasuklah Saidina Ammar r.a dan Saidina Miqdad r.a.
Terdapat riwayat dari Ibnu Jarir dan lain-lain yang mengatakan bahawa Saidina Ali r.a menempelak Saidina Abdurrahman bin Auf r.a dan menuduhnya sebagai pengkhianat dan mengutamakan kroni kerana Saidina Abdurrahman bin Auf dan Saidina Uthman r.anhuma adalah ipar-duai. Namun riwayat ini adalah palsu, munkar dan langsung tidak menggambarkan sifat Saidina Ali r.a yg sememangnya amat rendah diri dan bertaqwa.
-Sumber dari Al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir rah.a.
Dari sini dapat kita pelajari bahawa:
1. Walaupun sistem demokrasi tidak ada asal-usulnya dalam Islam, tetapi sewaktu ketiadaan pemimpin, rakyat berhak memberikan pandangan siapakah yang layak menjadi pemimpin.
2. Caretakers bukanlah pemimpin yang asal, hanya sementara sahaja. Oleh itu jika rakyat tidak mahu memilih caretakers sebagai pemimpin, mereka tidak dikira sebagai pemberontak dan khawarij. Malah kalau selepas terpilihnya calon pilihan rakyat, sesiapa yang menolak dialah yang akan dikira sebagai pemberontak.
3. Pihak SPR harus telus dalam dalam menjalankan tugas, tidak biased kepada mana-mana pihak.
Memandangkan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, sepatutnya tiada lagi istilah pemerintah dan pembangkang. Yang ada hanya pentadbir sementara. Bahkan mengikut perlembagaan yang ada, seandainya caretakers tidak dipilih semula, mereka harus akur. Semua yang berdaftar layak memberi pandangan masing-masing siapakah dirasakan yg layak memimpin.
Oleh itu, pilihlah pemimpin berdasarkan maqasid syariah; yang boleh menjaga agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta sekelian rakyat jelata, bukan hanya mementingkan masyarakat setempat.
Wallahu a'lam
YANG MASIH PANAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2013
(623)
-
▼
April
(53)
- Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR
- DIALOG ANTARA SYEIKH DR RAMADHAN AL-BUTI DENGAN SY...
- Chegu Bard perlu minta maaf
- Ustaz Azhar belasah Mahathir 10-1 di Putrajaya
- Puluhan cawangan Umno di Selangor akan dibubar?
- Najib belanja RM4,364 setiap pengundi, terbesar di...
- Saidina Abdurrahman bin Auf r.a adalah SPR pertama...
- Untuk Sebaran Umum dan Segera : Anggota Polis diar...
- Penyokong pamer aksi lucah tanda BN tertekan
- Gambar : Realiti yang amat menggerunkan Umno
- PRU13: Masa untuk beramal, bukan meramal
- Tiga tanda kejatuhan Umno-BN
- Tindakan Mat Taib beri masalah kepada BN
- Lawan: 7 dengan 61, mana lebih besar?
- DULU DIA HINA ISLAM, TETAPI SEKARANG?
- Apa Kata Ulama Tentang Demokrasi??
- Dimana Kekuatan Kota Konstantinopel?
- Karpal dan Kit Siang tanding tiket PAS
- DAP Guna Simbol PAS Jika Logo Taknar.. Dibe
- Manifesto: Kata akan bankrap, ciplak pula
- Faizal Tahir rasa terhina dengan calon Shah Alam
- Najib beri jalan mati untuk Ghani dan Mukhriz?
- Fenomena Isteri Meleteri Suami
- Berhati-Hati Kaum Muslimah Ada Kamera Pengintip
- KISAH MASJID BABRI,INDIA
- KOTA MEKAH DAN MISTERI DISEMBUNYIKAN NASA
- MELAYU DAN ATLANTIS
- MISTERI HARTA KARUN
- SIAPAKAH TERORIS SEBENARNYA???SADARLAH SAUDARAKU....
- Menteri Pakistan: Taliban Adalah Pengikut Sejati I...
- Pemuda Aljazair Di Tangkap Gara-Gara Hack Web Isra...
- Calon Menteri Besar Selangor pilihan Najib ialah E...
- Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang...
- Warga asing Belum Lagi Masuk M'sia Dah Dapat IC ?
- Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon
- Panas: Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari...
- Awie Wings Calon BN Di Bukit Bintang ?
- Kapal selam 'Scorpene' timbul di Temerloh (Gambar)
- Suhu terpanas bumi berlaku pada zaman Firaun
- Chavez akan kembali turun ke bumi bersama Imam Mah...
- Alkisah pokok tumbang…
- P79 Lipis: Andai Siti Nurhaliza jadi calon...
- Prestasi P Pinang baik, 5 tahun lagi lebih baik
- Muhasabah Lahad Datu
- Ini dia surat Hamas kepada Hasan Nasrullah
- 10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan
- "aku merasakan aku tidak ...lagi tertarik kepada i...
- PERHATIAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA!!!!
- Israiliyyaat – Pengenalan Dan Kaedah Pengecamannya
- Video Keberanian Adik Ahed Menumbuk Tentera Israel
- Sebab Ribuan Tentera Israel Bunuh Diri
- PENDERITAAN SUNNI DI IRAN
- SENYUM DI TALI GANTONG...
-
▼
April
(53)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan