YANG MASIH PANAS...

Chegu Bard perlu minta maaf



Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin
GEORGETOWN, Pulau Pinang - Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan,” katanya.

Beliau berkata, Badrul Hisham tiba bersama calon Dun Sungai Bakap, Maktar Shapie dan calon Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman serta penyokong pada jam 8.40 pagi.

“Mereka datang dan berarak ke arah belakang penyokong Pas. Saya akui, memang ada berlaku sedikit provokasi bila rombongan penyokong PKR cuba merempuh kumpulan penyokong Pas walaupun diminta bersabar. Namun tiada kejadian pukul memukul di situ,” katanya.

Norazman berkata, walaupun berlaku rempuhan, namun ia masih boleh dikawal dengan petugas keselamatan Pas mengarah penyokongnya mengambil ruang sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kumpulan penyokong PKR supaya berkumpul di sebelah kanan.

“Kita kesal dengan tuduhan berkenaan yang jelas berniat untuk menyerang dan memburukkan Pemuda Pas Pulau Pinang khususnya ketika pertembungan tiga penjuru ini. Ketika Mohd Yusni dan pasukannya kempen tidak pernah sekalipun menyerang dan memburukkan Badrul Hisham kerana menghormati semangat setia kawan PR dan mematuhi etika akhlak berkempen yang digariskan Islam dan Pas.

“Sehingga hari ini, Pemuda Pas Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan maaf dan bukti atas tuduhan berkenaan daripada Chegu Bard dan penyokongnya,” katanya.

Norazman berkata, mereka mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu menyerang peribadinya bagi mengelak isu ini menjadi senjata Barisan Nasional (BN) menyerang PR.

Terdahulu, Badrul Hisham mendakwa beliau, anak dan isterinya cuba diserang dan dipukul Pemuda Pas Pulau Pinang pada 20 April lalu di hadapan tempat penamaan calon Parlimen Nibong Tebal.Badrul Hisham mendakwa perkara itu di dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen dari pengikutnya. Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate