Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan
bukunya, ‘Israel, let’s talk
about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan
bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha
mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Michel Collon
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar
disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta
menghalalkan tindakan negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap
pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia
Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu
diluluskan Kongres
Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Kongres Zionis
Pertama di Basel
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk
menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan
Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939
hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke
Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada
tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan
semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel,
termasuk Shlomo Sand,
yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah
berlaku.
Shlomo Sand
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan
mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk
menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke
‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan
Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu
negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai
negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama
bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin
tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan
produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat
manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan
negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada
dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin
terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan
dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
Warga Palestin dihalau secara besar-besaran pada
1948
Perkampungan Palestin yang ditinggalkan
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di
Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara
melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana
peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang
menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang
tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon,
negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat
sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,”
katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur
Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS
menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,”
katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan
aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara
Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana,
pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21
EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel
dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih
kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi
lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan
sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup
mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat
anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak
dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai
agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca
keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah
keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang
berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan
penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh
dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di
AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang
enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di
Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita
sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan