YANG MASIH PANAS...

Harun Yahya Mengaku Sebagai Imam Mahdi


 
Syeikh Imran N Hosein ketika memberikan komentarnya berhubung Harun Yahya, membangkitkan persoalan "Mengapa Harun Yahya perlu berbohong?" yang pasti merujuk kepada beberapa kenyataan yang dimuatkan dalam laman sesawang milik penulis tersohor asal Turki itu. Jika anda pernah membaca buku-buku bertajuk Malapetaka Darwinisma, Evolution Desceit, Kaum-kaum Yang Pupus, penulis itulah yang dimaksudkan.
Sebelum ini saya pernah membaca beberapa buah kajian dari laman sesawang milik Harun Yahya baik HarunYahya.com mahupun AwaitedMahdi.com. Kedua-duanya pernah saya telaan. Namun, saya akui ketika membaca beberapa buah kajian beliau di laman tersebut ada beberapa buah perkataan atau fakta yang bercanggah dengan sumber dari Islam atau lebih tepat lagi hadith sahih Nabi SAW. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa buah hadith (kononnya) di dalam beberapa buah artikel tidak mempunyai riwayatnya. Hal inilah yang mendatangkan kerunsingan pada saya. Namun, setelah membaca penjelasan sebenar mengenai Harun Yahya dari sebuah laman sesawang Islam terbesar dari Indonesia EraMuslim.com, saya kini pasti bahawa Harun Yahya tidak lebih hanyalah seorang individu yang mempunyai kepentingan tertentu sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa orang ulama bertaraf dunia termasuk Bilal Philips. Pernahkah anda terfikir, bagaimana atau mengapakah seorang penyiasat konspirasi Yahudi dan Barat seperti Harun Yahya tidak menerima ugutan bunuh dari mana-mana pihak terutama secret society pro-Zionis?

Selanjutnya anda bacalah terjemahan artikel dari kolumnis EraMuslim.com, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dibawah ini:

Sheikh Imran Hossein pernah mengkritik Harun Yahya, fakta itu memang benar adanya. Hal ini terkait dengan penulisan di laman milik Harun Yahya yang didapati mendakwa dirinya sebagai Al Mahdi. Selain Syeikh Imran Hossein, Bilal Philips juga mengecam Harun Yahya dan mendakwa Harun Yahya memiliki agenda tersembunyi. Untuk lebih jelas pembaca boleh menonton video dibawah.



Tulisan-tulisan itu sendiri sengaja dipaparkan di lamannya, Awaitedmahdi.com yang memang merupakan subordinasi dari laman utamanya, Harunyahya.com. Jelaslah disini bahawa ianya asli dan bukan sengaja diadakan. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ke atas laman tersebut.

Memang ketika diwawancara Al Jazeera, Harun Yahya menafikannya. Harun Yahya mengatakan hanya menulis sebuah buku mengenai Imam Mahdi yang merujuk kepada Hadis Nabi. Dari beberapa hadis itu terlihat beberapa kesan yang akhirnya menggambarkan Al Mahdi dalam rupa dirinya (Harun Yahya). Namun anehnya, ketika saya cross check lebih jauh hadis-hadis yang diambil oleh Harun Yahya, keseluruhannya itu bukanlah hadis, tetapi beberapa kenyataan (dari) Tokoh Agama dan Ulama yang telah diselitkan oleh Harun Yahya, walaupun pada tajuk besarnya disebutkan sebagai hadis. Apakah ini sesuatu yang disengajakan? Atau, ianya satu kekhilafan dari seorang tokoh yang sudah banyak menulis tentang akhir zaman? Wallahua'lam.

Salah satu petikan kontroversi di laman Harun Yahya tersebut adalah sebuah peryataan yang mana beliau telah didapati mendakwa, pada tahun 1956 adalah tahun yang sangat penting di akhir zaman. “The significance of the year 1956 in terms of the end times.” [bukti
disini] Tahun 1956 adalah tanda dunia akan menuju sebuah pemerintahan yang adil.

Kita tahu bahawa, tahun 1956 adalah tahun dimana Harun Yahya dilahirkan. Meski dilaman tersebut pernyataan ini dikatakan sebagai sebuah hadis, anehnya tidak ada sebarang riwayat satupun yang tertera. Laman tersebut hanya menulis perkataan Said Nursi dan Adendum Emirdag yang memperkotak-katikkan numerologi ayat al-Qur'an dan mengatakan bahawa tahun 1956 sebagai tahun runtuhnya sistem kemunafikan di seluruh dunia. Apakah benar situasinya seperti itu? Realitinya hingga tahun 2011, jangankan seluruh dunia, Turki sahaja dalam pandangan saya belum mampu terlepas dari kemunafikan.

Laman sesawang milik Harun Yahya tersebut juga mengatakan bahwa Al Mahdi sebenarnya lahir di sebuah kota besar yang kelak menjadi Istanbul. Dalam laman tersebut ditulis,
“Hazrat Mahdi (as) will apear from Turkey and will never leave until the end of his struggle”. [bukti disini]
“Hazrat Mahdi (as) will spiritually capture Istanbul” [bukti disini]
Sepertimana yang kita ketahui, Harun Yahya sendiri dibesarkan di Turki. Persoalannya di sini, benarkah ada hadis yang mengatakan Al Mahdi muncul di Turki? Sebagai umat Islam, kita hanya mampu menjawab (persoalan berkaitan Al Mahdi) jika merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bersabda,
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
Anehnya awaitedmahdi.com, juga mengatakan bahawa Al Mahdi ketika muncul tidak akan berbahasa Arab. "Hazrat Mahdi (as) will not speak Arabic very well, but he will bear a close moral resemblance to our prphet (saas)". [bukti disini] Padahal Al Mahdi jelas-jelas muncul di Madinah dan dia masih berketurunan Rasulullah SAW. Al Mahdi juga akan menjadi khalifah umat Islam di akhir Zaman. Secara logiknya, bagaimana mungkin seorang Khalifah (berketurunan Arab- dari Madinah ke Makkah) tidak mampu berbahasa Arab? Apakah ini masih merujuk kepada Harun Yahya yang sememangnya tidak mampu berbahasa Arab?



Dalam wawancaranya dengan Al Jazeera, Harun Yahya juga meragukan ketepatan bahawa nama Al Mahdi sebenarnya adalah Ahmad atau Muhammad. [bukti disini] Harun Yahya juga menekankan bahawa nama asli Al Mahdi adalah Adnan. [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya selama ini hanyalah nama penanya. Sedangkan nama asli beliau adalah Adnan Oktar. Inilah yang dikecam oleh Syeikh Imran, beliau mengatakan bahawa Islam tidak menegnal nama pena atau samaran. Hal itu haruslah dihindari setiap sarjana Islam agar apa yang dikatakannya sesuai dengan apa yang ditulis mereka.

Maka marilah kita merujuk kepada Hadis Nabi SAW tentang nama Al Mahdi. Rasulullah SAW, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut: “Namanya sesuai dengan namaku, dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku.
Dia dari keturunan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana disebutkan dalam riwayat: “Dari ahli baitku.” (HR. Abu Dawud, no. 4282 dan 4283). Dalam riwayat lain: “Dari keluarga terdekatku (‘itrah-ku).” (HR. Abu Dawud, no. 4284). Dalam riwayat lain: “Dariku.” (HR. Abu Dawud no. 4285) dari jalur perkahwinan ‘Ali bin Abu Thalib dan Fathimah binti Rasulullah. Sebagaimana dalam hadits yang lalu dikatakan: “Seseorang dari keluargaku” dan “dari anak keturunan Fathimah.” (HR. Abu Dawud no. 4284)
Oleh sebab itu, Ibnu Katsir rahimahullahu mengatakan: “Dia adalah Muhammad bin Abdillah Al-‘Alawi (keturunan Ali) Al-Fathimi (keturunan Fathimah) Al-Hasani (keturunan Al-Hasan). Allah Subhanahu wa Ta’ala memperbaikinya dalam satu malam yakni memberinya taubat, taufik, memberinya pemahaman serta bimbingan padahal sebelumnya tidak seperti itu.” (An-Nihayah fil Malahim wal Fitan, 1/17, Program Maktabah Syamilah)

Sebelumnya Harun Yahya, dengan segala kelebihannya juga tidak lepas dari kritik. Harun Yahya hingga kini tidak menganggap Syiah keluar dari Islam. Hal ini ditegas olehnya, ketika diwawancara oleh wartawan Al Jazeera di Istanbul pada tanggal 6/08/2007. Harun Yahya mengatakan :
“I love all Muslims in Turkey and worldwide, and I make no distinction on the basis of school or sect. I respect them all. There is no difference between Sunni and Shia. The same applies to the Ihvan-i Muslim. They are also my brothers. I regard them as totally sincere. We all pray in the same direction. We share the same Book. These elements all make us one.” [bukti disini]
Maka tidak hairanlah dalam menjelaskan ciri-ciri Al Mahdi, beliau banyak menukil dari riwayat Imam Jafar As Sadiq yang banyak diselewengkan oleh Syiah. Salah satunya ialah penjelasan bahawa umat Islam nanti akan mendengarkan perkataan Al Mahdi lewat sebuah terjemahan.
“Jaffar Sadik said that people all over the world would be able to listen to Hazrat Mahdi's (as) words instantaneously through simultaneous translations” [bukti disini]
Padahal sudah terang lagi bersuluh, Syiah sudah berbeza akidah dengan agama Islam. Kita tidak boleh menngatakan mereka sebagai salah satu aliran dalam Islam. Allah jelas sekali menjaga akidah dan perkataan Al Mahdi yang selaras dengan akidah Islam. Bukan Al Mahdi yang masih mengganggap orang yang menghina Sahabat Nabi dan menganggap Al Quran itu palsu sebagai sebahagian dari Islam.

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dunia dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898).
Jadi, kalaulah memang Harun Yahya menafikan dirinya sebagai Al Mahdi, mengapakah penjelasan sesat tentang Al Mahdi masih saja terpampang di lama sesawang miliknya dan belum juga dihapuska meski beberapa ulama seperti Bilal Philips dan Syeikh Imran Hossein sudah mengkritiknya berkali-kali.

Masih banyak sebenarnya data-data keliru yang dijadikan indikasi atau penjelasan Al Mahdi dalam laman sesawang tersebut. Seperti pernyataannya yang mengatakan Al Mahdi berasal dari Kaukasus. "Hazrat Mahdi (as) will come from the Caucasus". [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya atau Adnan Oktar adalah seorang keturunan sayyid atau habib yang bermigrasi ke Kaukasus selama pencerobohan Hulagu. Asal-usul Beslen Arslan Kasayev, datuk Omer Bey, datuk Mr. Oktar, kembali ke dinasti Nogay. Keluarga ini juga dikenali sebagai Arslanogullari (anak-anak Arslan) dan merupakan salah satu dari dua puluh satu (21) buah keluarga sayyid yang namanya muncul dalam dokumen yang disiapkan untuk gabenor Kaukasus pada tahun 1827. [bukti disini]

Semoga Harun Yahya benar-benar sedar atas kekeliruan yang sengaja ditimbulkannya ini. Memang benar, sesungguhnya fitnah akhir zaman itu benar-benar dahsyat. Wallahualam bissawab .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate