|Benarkah Atlantis pernah wujud di alam
Melayu?|
Penelitian mutakhir yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah dimana sekarang ini disebut Indonesia. Setelah melakukan kajian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005). Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir dan bangunan kuno Aztec di Meksiko.
Konteks Indonesia
Bukan satu kebetulan, ketika Indonesia pada tahun 1958, atas gagasan Prof. Dr.
Mochtar Kusumaatmadja melalui UU no. 4 Perpu tahun 1960, mencetuskan Deklarasi
Djoeanda. Kandungannya menyatakan bahawa negara
Indonesia dengan perairan pedalamannya merupakan kesatuan wilayah
Nusantara. Fakta tersebut kemudian diakui oleh Konvensyen Undang-undang Laut
Antarabangsa 1982. Merujuk kepada kajian Santos, pada masa puluhan ribu tahun
yang lalu, wilayah negara Indonesia merupakan sebuah benua yang bercantum. Tidak
terbahagi kepada puluhan ribu pulau seperti sekarang.
Santos menetapkan bahawa pada masa
lalu itu, Atlantis merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan
Indonesia (sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah
itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh laut yang
bercantum yakni Orientale, terdiri dari Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
Teori Plato menerangkan bahawa
Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang meletus
berturut-turut. Ketika itu, sebahagian besar kawasan di dunia masih lagi diliput
oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh
gunung berapi secara serentak yang sebahagian besar daripadanya terletak di
wilayah Indonesia (pada waktu itu) itu, maka
tenggelamlah sebahagian benua dan diliput oleh air yang terhasil daripada ais
yang mencair.
|Wilayah yang didakwa dibawah kekuasaan kota
Atlantis|
|Kesesuaian bentuk muka bumi Atlantis gambaran
Plato dengan muka bumi Asia Tenggara|
Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/ Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saaitu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.
|Ilustrasi pelukis menunjukkan peradaban kota
Atlantis|
Ocean berasal dari kata Sanskrit ashayana yang bermakna 'mengelilingi secara menyeluruh'. Pendapat itu kemudiannya ditentang oleh ahli-ahli dikemudian hari seperti Copernicus, Galilei-Galileo, Einstein, dan Stephen Hawking.
Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya mendatar (ini biasa bagi orang zaman itu ; Rasulullah SAW ketika menceritakan perihal bentuk muka bumi yang bulat, ramai yang tidak percaya ; malah percaya bahawa bumi mendatar). Kedua, mengenai kedudukan benua Atlantis yang menurutnya berada di Lautan Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian tentera Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berjaya menemui sisa-sisa benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, ”Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Maknanya,”Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”
Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Pertama, lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan Santos yakin ia adalah sebuah wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya lingkaran gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.
|Lingkaran gunung berapi di Indonesia|
Sebelum ini, Adolf Hitler pernah didakwa sempat menghabiskan sisa-sisa hidup di Indonesia dengan nama Dr Poch, sebelum meninggal dengan memeuluk agama Islam. Buku bertajuk Hitler Mati Di Indonesia Rahasia Yang Terkuak turut mendedahkan catitan perjalanan The Fuhrer selepas serangan ke atas bunker bawah tanah yang sebelum ini didakwa sebagai tempat dimana diktator itu membunuh diri. Dakwaan tersebut bagaimanapun telah dinafikan oleh Stalin. Dalam pada itu, dalam sebuah dokumentari History Channel berkenaan NAZI, ada pendedahan bahawa bekas-bekas tentera dan agen NAZI telah diambil bekerja di Amerika Syarikat.
|Makam Dr Poch di Indonesia|
Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...
Jika benar Dr Poch adalah Hitler, seperti mana yang didakwa, mengapakah The Fuhrer memilih untuk bersemadi di Indonesia, yakni sebuah bumi Melayu? Adakah pencarian Adolf Hitler mengenai Bangsa Misteri telah menemui jawapannya...di Nusantara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan