PIRAMID
MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious
Pyramids (Yonaguni)-History Channel
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah
menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum
ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional.
Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa
mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa
sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang
memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah :
mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau
Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar
laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai
gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini
berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan
peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan
mengumpul makanan untuk sara diri.
Peradaban piramid di Mesir bermula
kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu
penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :
tulisan mirip
tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall
chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas
sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli
arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa
sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun
dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban
Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini
telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan,
beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu
keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa
lagi.
MISTERI GEN BANGSA MELAYU
Sebab itulah, tidak
berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha
menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah
di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi
terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya
prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia)
sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir
prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah
seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di
Eropah.
Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12
tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang
menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa
mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika
kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri
Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem
Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya
selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih
dadah.
Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah
Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan
kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya
prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa
kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia
mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan
melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu.
Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka
untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara
gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes
perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan
kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?
Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu
begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke
negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang
ibu.
Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi
dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The
Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh.
Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa
mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid
yang menakjubkan!
Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan
sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling
pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di
utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling
misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba
membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat'
banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja
Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota
untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan
kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.
MELAYU - THE
LOST TRIBE
Ketika Ptolemy, seorang
ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah
menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas
ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai
'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan
sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari
sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari
manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah
mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual
mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang
terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun
Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat
dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah
berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu
mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,
gendang dan seramik purba
.'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah
lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak
diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam
kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa
yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian
Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi
kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji
secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip
kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala
keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu.Mengikut manuskrip kuno yang
diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu
Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel,
iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi
Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan
Ephraim).Namun Mala bukanlah bangsa
asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia
merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli
Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di
pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada
hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi,
Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang
berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?)
berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus
oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada
kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana
Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas
(kemungkinan dari kajian setakat ini).'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua
puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan
terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi
Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan
Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka
mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat.
Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari
rekod Illuminati dan Zionis.Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah
empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini
apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di
mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah
penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung
Emas,
ada yang digelar Survana
Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan
hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini
belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu
sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana
perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih
Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan
nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana
Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam
arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang
bertopengkan sang penyelamat.
Mereka menubuhkan kerajaan
BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran Hi
Malaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa
gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.
Jika anda sedar,
bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di
halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.
Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan
ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah
seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala
ini.
Bangsa Melayu juga merupakan
bangsa terawal membina tugu-tugu
kota yang merentasi dari :
- UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin,
segenting)
- TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
- TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
- SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang
hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun
ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua
teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di
Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di
dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan
bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke
Hawaii dari
semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat
apungan dari cerdik pandai anak Melayu.
Saya amat yakin kini bahawa
golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan
sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka,
Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang
terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin
tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video
dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :
Dibawah ini pula adalah beberapa buah
gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater
photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater
videographer) :
MELAYU
DAN YAHUDITahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat
mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di
dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4.
Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10.
Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,
hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.
Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan
Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang
mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di
Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan
Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat
(Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat
banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak,
sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut.
Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi
Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik
di sini]
Kajian projek genome oleh
Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen
berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com).
Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang
khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...
PERHATIAN : Video di atas
hanya fakta
sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang
kita ketahui (
disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa
penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.
sumber : macjay.blogspot.com
hebat jugak kajiannya.
BalasPadam