Petikan dalam Surah
al-Kahfi, menyebut :
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu", sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". {2}Ini menunjukkan bahawa kaum dimana Zulkarnain mahu melindungi mereka daripada serangan Yajuj Majuj, berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta tembaga. Lalu, persoalan penting yang boleh kita renungkan disini ialah, kaum manakah yang mempunyai kemahiran itu pada ketika itu?
Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah
golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi.
Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan
dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus. Kenyataan ini
telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana
mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal
di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba
dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum
Kolchis.
Keturunan Georgia disebut dalam Genesis, sebagai
pengajar kepada semua kemahiran serta pertukangan melibatkan besi dan tembaga.
Jika dilihat daripada sejarah bangsa Armenia pula, mereka juga dikaitkan dengan
kemahiran pencairan besi pada zaman purba.
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC, mereka diserang keluar oleh kaum Scythian {3} khususnya suku kaum Cimmerian yang telah menyebabkan perpecahan kesatuan mereka. {4} Namun uniknya ialah, pada pertengahan kurun ke-6 BC (selepas serangan kaum Scythian) mereka berada dibawah empayar Parsi yang pada ketika itu ditadbir oleh Achaemenes. Dalam erti kata lain, mereka berada dibawah kekuasaan Raja Kurush (Cyrus The Great).
Memetik artikel karangan Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian bernama Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah yang memperkenalkan zaman besi dan ini adalah sumbangan besar kepada kebudayaan manusia amnya. {5}
Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6}
Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Raja Kurush (Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi) dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Scythian juga Cimmerian serta suku-sakat mereka (Yajuj Majuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.

Maka ketiga-tiga perkara ini - Zulkarnain, Yajuj Majuj
dan bangsa yang diserang Yajuj Majuj yang mana mereka itu berkemahiran dalam
pencairan dan pertukangan besi dan tembaga, kesemuanya muat secara tepat pada
suatu ketika dan masa dalam sejarah. Dan yang paling penting ialah seiring
dengan perjalanan mereka berdasarkan penceritaan dalam Surah
Al-Kahfi.
Adalah sesuatu yang "naif" jika kita mengatakan bahawa kisah dan latar belakang Raja Kurush, identiti dan kedudukan geografi pendudukan kaum Scythian dan Cimmerian, serta perjalanan sejarah tawanan pada mangsa yang diserang, mereka itu yang berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta kedudukan wilayah mereka, berlaku seiringan pada masa yang sama secara kebetulan sahaja.
20/3/12

______________________________________________
1. Di dalam Surah
al-Kahfi sama sekali tidak menyebut 'Iskandar' tetapi hanya 'Zulkarnain'. Walau
bagaimanapun setelah kajian dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, hanya
beberapa individu sahaja yang layak 'di-kait-kan' dengan kisah Zulkarnain. Dan
diantara beberapa individu tersebut, HANYA kisah dan latar belakang Raja Kurush
(Cyrus The Great) sahaja yang sesuai dengan perjalanan cerita individu bernama
Zulkarnain di dalam Surah al-Kahfi.
2. QS Al-Kahfi, 18:96
2. QS Al-Kahfi, 18:96
3. Scythian (Saka) adalah satu kaum yang berumpun.
Dibawahnya terdapat yang kecil termasuklah Cimmerian, Huns dan Khazar. Khazar
yang kini "diiktiraf" sebagai Yahudi di negara Israel sebenarnya sama sekali
tiada kaitan dengan Yahudi. Rujuk
perbahasan oleh King Joseph. Kaum Scythia disini merujuk kepada Yajuj
Majuj.
4. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, PTS Milennia, hlm 159.
5. In Defence of the Homeland: Intellectuals and the Georgian-Abkhazian Conflict. Secession, History and the Social Sciences. Edited by Bruno Coppieters, http://poli.vub.ac.be/publi/orderbooks/secession/secession-03.pdf

6. Dennis R. Papazian, Armenians (September 8,
1987), http://www.umd.umich.edu/dept/armenian/papazian/armenia.html
sumber : aku-macjay.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan