Institute for Intelligence and Special Operations (MOSSAD) |
Percayakah
anda bahawa badan risikan Israel yakni Mossad sudah beroperasi di
Malaysia? Berikut adalah artikel yang dipetik daripada laman web
berkenaan.
1.
Sahabat baik saya, blogger ondscene.via.my baru-baru ini mengajak saya untuk ke
Tebing Gaza, Palestin bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 7 Julai
ini. Saya bersetuju tetapi saya tidak pasti sama ada projek ini jadi atau tidak
atau statusnya ditangguhkan dahulu, harap-harap jadilah pasal sudah lama saya
tidak berada di zon panas atau kawasan perang.
Bercakap
tentang Tebing Gaza ini kita tidak dapat lari dari membincangkan soal zionisme,
Hamas dan Fatah. Kita selalu mengutuk orang Arab, “Pasal
orang Arab berpecahlah, mereka kalah pada Israel”kata mak saya puluhan tahun
dahulu semasa saya masih kecil. “Orang
Arab susah nak bersatu, perang sesama sendiri, bodoh”, kata seorang lagi
saudara saya yang ketika itu sedang mengulas mengenai peperangan Iraq dengan
Iran.
Masa
itu orang Melayu tidak banyak karenahnya…semua bersatu dan kaum majoriti lain
senyap tunduk hidup menimba kekayaan di bawah kuasa orang Melayu. Saya amat
berbangga kerana kita tidak berpecah. Hari ini? nak angkat telunjuk pun kita
takut…orang pijak agama kita pun, masih diberi ruang dan di satu pihak lain,
mereka menanamkan perasaan benci sehingga orangramai mengesyaki apa sahaja yang
dibangun di tanahair ini mesti ada kaitan dengan rasuah, kronisme,
nepotisme.
Baguslah
nampaknya zionisme sudah mula bertapak dan memecahkan bangsa kita, sama seperti
yang terjadi di Iran sekarang ini apabila golongan muda dan pelajar universiti
mula menentang kerajaan Iran di bawah pimpinan Mahmoud Ahmadinejab.
Ironikan?
Setiap kali ada pemimpin Islam yang hebat seperti Mahathir dan Mahmoud, negara
itu akan menjadi sasaran kuasa asing yang memulakan gerakan yang dinamakan
Gerakan Rakyat, segalanya berpaksikan kepada rakyat kononnya. Melalui gerakan
rakyat ini apabila kerajaan ditumbangkan, kuasa-kuasa asing ini mudahlah
meletakkan orang-orangnya dan gerakan rakyat ini akan lebih berjaya jika
kerajaan yang berkuasa pada hari itu merupakan kerajaan yang lemah macam
pimpinan Datuk Abdullah Ahmad Badawi kita.
Kuasa
asing ini dahulu cuba melemahkan China komunis melalui pergerakan pelajar tetapi
kerajaan China menghancurkan gerakan ini dalam peristiwa Medan Tianemen, semua
di atas nama 'kebangkitan
rakyat Alangkah daifnya bangsa kita, mudah sajak diomok-omokkan tanpa
menyedari jika segalanya tertegak kerana amalan rasuah…negara ini sudah lama
hancur dan hilang jati diri seperti yang terjadi kepada negara tertangga
kita.'.
Semasa
di ITM, saya suka subjek Pengajian Islam kerana banyak menceritakan kisah-kisah
kebangkitan dan kejatuhan empayar Islam dari Umaiyah sampailah ke Othamaniah,
banyak juga kisah sejarah yang boleh kita baca dalam buku-kuku untuk Sijil
Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
Mossad
(HaMossad leModi’in uleTafkidim Meyuhadim ataupun Institute for Intelligence and
Special Operations), cabang perisikan untuk Zionis sudah pun berada di Malaysia,
tanahair kita semua. Saya ingatkan di sini Mossad ya, bukan orang Yahudi
biasa.Jadi kepada sesiapa yang melenting ini perlu saya ingatkan, saya tidak
memusuhi orang-orang Yahudi, saya cuma menentang fahaman Zionis, protokol
mereka, militari Yahudi dan 'politician' Yahudi.
Untuk
memahami pemikiran Yahudi dan agenda mereka yang dimulakan lebih 100 tahun
dahulu, bacalah buku Protocol of Zion dan The International Jew (karangan Henry
Ford, pengasas kereta Ford), jadi kita akan lebih memahami apa yang berlaku.
Pendirian ini sama pegangan saya terhadap Amerika Syarikat (AS), saya tidak
membenci warganegara AS biasa tetapi CIA dan dasar-dasar kerajaan AS terhadap
orang Islam.
Ini
merupakan kisah benar yang dialami oleh kawan saya seorang wanita Hindu yang
berkerja dengan sebuah stesyen TV swasta. Saya ada menemui kawan saya ini yang
bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pertemuan itu berlaku selepas beliau
pulang dari membuat liputan kesan-kesan peperangan di Lubnan pada tahun 2006
sebaik sahaja Hezbollah berjaya mengundurkan kemaraan tentera Israel.
Atas
sebab-sebab perundangan dan keselamatan, tidak dapatlah saya dedahkan nama
beliau di sini tetapi kepada pembaca yang mengenali saya secara peribadi,
bolehlah tanyakan hal ini semasa kita sembang-sembang minum teh tarik. Sebelum
itu maafkan saya kerana ada beberapa nama dan fakta yang beliau sampaikan pada
saya, saya gagal mengingatinya, lupa kerana kisah ini sudah lama dan saya tidak
mempunyai kepentingan semasa itu untuk mencatatkan maklumat yang beliau
sampaikan.
Semasa
di Lubnan, kawan saya ini memberitahu bahawa orang-orang Hezbollah amat
menghormati rakyat Malaysia dan pemimpin negara ini malah melayani wartawan dari
Malaysia dengan baik. Dalam baik-baik pun, pegawai Hezbollah terpaksa mengambil
pita rakaman dari kamera beliau atas sebab-sebab keselamatan tetapi beliau di
jemput untuk minum teh bersama seorang pemimpin kanan Hezbollah (saya tidak
ingat nama pemimpin ini).
Rakan
saya ini bersama krew yang bersama beliau dibawa ke sebuah bangunan yang agak
buruk tetapi hiasan dalamannya sangat mewah dan menarik seperti hotel lima
bintang. Selepas jenuh melayan pertanyaan dari rakan saya ini, pemimpin
itu mengingatkan supaya rakan saya ini berhati-hati apabila kembali ke Malaysia
terutama sekali dengan ancaman Mossad.
Beliau
sangat terkejut tetapi memandang remeh kepada amaran pemimpin ini, alasan rakan
saya sangat mudah, “Apa
yang mereka boleh buat…pengaruh kami bukan besar, siaran TV kami hanya untuk
rakyat Malaysia sahaja dan bukan setaraf CNN”, begitulah lebih kurang alasan
yang beliau berikan.
Pemimpin
Hezbollah itu mengingatkan, “Benar
tetapi kamu tidak sepatutnya memandang remeh peranan yang telah kamu serta
negara kamu mainkan terhadap perjuangan kami”. Beberapa minggu selepas
kembali ke Malaysia, kawan saya ini pergi ke KLCC untuk lepak di kedai buku
(Kedai buku dekat tingkat teratas pusat membeli belah Suria KLCC, nama Jepun
tidak ingat namanya).
Beliau
dihampiri oleh seorang lelaki yang kelihatan 'very
intelligence', berbangsa seperti Arab. Lelaki ini menyapa beliau dan selepas
bersembang beberapa minit, mereka bersetuju untuk minum di cafe berhampiran.
Lelaki ini banyak bertanyakan hal-hal peribadi kepada beliau termasuk perjalanan
beliau ke Lubnan. Rakan saya ini mengesyaki dua lelaki di meja belakang yang
duduk amat rapat dengan meja mereka mungkin merupakan rakan lelaki yang seperti
wajah Arab ini. Yang amat mengejutkan, lelaki terbabit dalam berkata-kata manis
turut menyelitkan nasihat berunsur ancaman.
Selepas
kejadian itu, rakan saya pulang dan menghubungi editor bertugas untuk
mendapatkan nasihat dan kalau tidak silap saya, satu laporan polis telah dibuat
oleh beliau. Ketika menceritakan hal ini kepada saya dan beberapa rakan lain, kami
bersetuju dengan andaian bahawa agen Mossad sebenarnya berada di negara ini
tanpa disedari kita semua dan kita jangan lupa bahawa terdapat tanah perkuburan
Yahudi di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Negeri Sembilan.
Ada
beberapa persoalan yang menarik yang selalu saya fikirkan.
1.
Bagaimana lelaki ini berjaya “identify” wajah rakan saya?
2.
Bagaimana lelaki ini tahu tempat kegemaran kawan saya pergi?
3.
Bagaimana lelaki ini berjaya mengekori beliau?
4.
Modus operandi apakah yang mereka pakai untuk memulakan operasi sulit mereka di
Malaysia?
Dari
pengalaman saya sendiri, bukan mudah untuk mengekori atau mendapatkan maklumat
tentang sasaran kita (orang yang kita hendak intip) kerana ia tidak mungkin
boleh dijayakan tanpa bantuanorang
tempatan sendiri.
NOTA
: BERBANDING NEGARA-NEGARA ARAB LAIN, MALAYSIA MELARANG KEMASUKKAN RAKYAT ISRAEL
KE MALAYSIA DENGAN ALASAN NEGARA INI TIDAK MENGIKTIRAF PENUBUHAN NEGARA ITU DI
ATAS TANAH PALESTIN. KEMASUKKAN MEREKA JIKA BERLAKU MUNGKIN MENGGUNAKAN PASPOT
NEGARA LAIN DAN MELALUI SINGAPURA.
Penulis militaryofmalaysia.net (kiri) bersama pengawal sempadan Pakistan |
Sumber
dari militaryofmalaysia.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan