Lelaki dan wanita mempunyai banyak perbezaan dalam cara berfikir, lelaki cenderung lebih mengutamakan logik sedangkan wanita mengutamakan perasaan. Perkara ini juga berlaku terhadap hal-hal yang berkaitan sengan kehidupan seksual.
1. Wanita memerlukan hubungan emosional untuk seks, lelaki mendapatkan hubungan emosional selepas seks
Wanita perlu merasakan keamanan dan perasaan dicintai sebelum berhubungan seks. Sehingga wanita tidak boleh melakukan hubungan seks tanpa berlandaskan rasa cinta dan hubungan emosional yang kuat.
Sebaliknya lelaki dapat melakukan hubungan seks tanpa perlu mempunyai hubungan emosional terlebih dahulu. Seks tersebut boleh menimbulkan emosi yang kuat pada lelaki terhadap pasangannya.
2. Wanita tidak menginginkan seks sebelum pertengkaran selesai, lelaki tetap mahukan seks meski sedang bertengkar
Wanita perlu untuk menyelesaikan isu itu dengan teliti sebelum akhirnya melakukan hubungan seks. Apabila pertelingkahan dapat diselesaikan dengan baik, wanita akan berasa lega dan lebih terbuka kepada seks, ghairah dan penyayang.
Akan tetapi, lelaki tetap boleh melakukan seks walaupun sedang bertengkar dengan pasangannya. Lelaki akan lebih bersemangat dan memiliki keinginan untuk menakluk pasangannya dengan cara menundukkannya secara seksual.
3. Wanita berfantasi hanya tentang pasangannya, lelaki boleh berfantasi dengan orang lain yang bukan pasangannya
Menurut pakar, wanita selalu mempunyai fantasi seks berkenaan pasangannya saja terutama berfantasi terhadap yang ingin didapatkannya ketika berhubungan seks. Wanita umumnya mendambakan kestabilan hubungan dan ikatan perasaan yang kuat, sehingga tidak akan memikirkan orang lain walaupun dalam fantasi seks sekalipun.
Lain halnya dengan lelaki, fantasi lelaki didominasi oleh bayangan melakukan seks bersama wanita yang dilihatnya di video lucah atau bayangan melakukan bersama pasangan dan orang lain.
Ramai lelaki menyatakan bahawa dirinya gembira melakukan hubungan seks dengan wanita yang dicintainya, tetapi berfantasi melakukan seks bersama dengan dua orang sekaligus atau dengan seorang wanita yang dilihatnya di video lucah.
4. Keinginan seksual wanita mengikuti suasana romantis, seksualiti lelaki mengikuti tahap hormon
Seksualiti wanita dipengaruhi oleh persekitaran dan perasaan dicintai dan dihargai. Jadi, jika pasangan menunjukkan perhatian dan kasih sayang, wanita boleh lebih bersemangat terhadap seks.
Seksualiti wanita juga lebih fleksibel daripada seksualiti lelaki dan inilah yang menjadi alasan mengapa ghairah seks wanita tidak dapat mencapai kemuncaknya pada waktu tertentu dalam sehari. Tetapi, ghairah seksual wanita boleh diaktifkan ketika dirinya sedang berseronok- dengan pasangannya setiap saat.
Berbeza dengan wanita, lelaki cenderung mempunyai dorongan seks kerana pengaruh hormonnya. Ghairah seksual lelaki akan meningkat seiring peningkatan kadar hormon testosteron yang mencapai kemuncaknya di pagi hari.
5. Lelaki lebih sering memikirkan tentang seks dalam sehari daripada wanita
Menurut satu kajian, rata-rata wanita berfikir tentang seks 10 kali sehari dan memikirkan makanan sebanyak 15 kali sehari. Wanita lebih tertarik memikirkan makanan yang diinginkan berbanding seks.
Sebaliknya, menurut kajian baru dari Indiana University, lelaki berfikir tentang seks, rata-rata, 19 kali sehari. Perkara ini kerana secara biologi, berdasarkan pada keinginan deria terutama deria penglihatan, lelaki direka untuk seks. Lelaki akan mudah berfikir mengenai seks jika mendapat rangsangan visual yang sensual.
SUMBER : bestoneoffour.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan