Najlaa Ali Mahmoud rasmi menjadi wanita
pertama bagi rakyat Mesir. Namun, beliau tidak mahu disebut wanita pertama.
Naglaa lebih memilih sebutan pelayan bangsa.
Isteri Presiden Mesir yang baru
terpilih, Mohamed Morsi itu berbeza dengan Suzanne Mubarak. Najlaa memilih hidup
sederhana dan bersahaja.
Sebagai ibu rumah tangga, Naglaa
memilih memakai abaya, sehingga mencerminkan perempuan kebanyakan di negara
Piramid itu.
Inilah fakta menarik tentang
kehidupannya:
Tentang Ikhwanul
Muslimin:
"Dr Mursi bergabung dengan Ikhwanul
Muslim 31 tahun yang lalu, apabila kami tinggal di Los Angeles. Anggota gerakan
tersebut sangat terbuka dan menjelaskan bahawa penglibatan dalam gerakan
berisiko penjara, dan salah satu hal yang penting adalah bahawa isteri setuju
dengan jalan hidup tersebut sehingga rumah tangga tidak goyah.''
'' Bagi kami, keluarga adalah sangat
penting. Jadi, jika sang isteri tidak mampu menghadapi ekspektasi-ekspektasi
tersebut, maka anda tidak akan dipaksa menyertai. Dr Mursi datang pada saya dan
mengatakan bahawa dengan bergabung menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ada risiko
penjara dan hilang pekerjaan. Semua itu terjadi pada saat kami masih di Amerika.
Saya katakan padanya, 'Tidak ada masalah. Tidak ada masalah. Mari kita jalani,
Insya Allah. '"
Pesannya kepada golongan Kristian
Koptik di Mesir.
"Saya ingin mengatakan bahawa kita ada
di tanah air yang sama, keturunan yang sama. Islam tidak membezakan antara
Muslim dan Kristian. Sebaliknya, kami belajar bahawa dalam Islam, umat Islam dan
Kristian mempunyai hak penuh yang sama di negara yang sama. Mereka mempunyai apa
yang kami punya, dan kita semua mempunyai kewajipan yang sama. Saya peribadi
mengenal ahli masyarakat beragama Kristian, baik perempuan maupun laki-laki, dan
saya bersyukur pada Tuhan, hubungan saya dengan mereka baik. "
Tentang peranan sebagai ibu negara
dan presiden.
"Dalam Muslim Brotherhood, kedudukan
presiden dianggap sebagai pelayan nombor satu, kerana presiden republic ini
seharunya menjadi pelayan utama Mesir. Ia yang akan menjadi sponsor, dan ini
adalah ajaran Islam. Dalam Islam, sesiapa sahaja yang memimpin dan menguruskan
urusan negara, seperti yang dikatakan oleh khalifah Umar bin Khattab, 'jika ada
unta yang jatuh di daerah Levant, saya yang akan diminta pertanggungjawaban.'
Inilah Islam. "
Tentang suaminya.
"Ia orang yang sangat seimbang, sangat
serius. Ini bukan kerana ia suami saya. Tapi memang sifatnya seperti itu. Ia
adalah sangat seimbang dan rasional serta bermental politik. Saya telah
berkahwin dengannya selama hampir 31, 32 tahun. Saya tidak bilang dia pelawak,
tapi ia punya selera humor dan pandai menghibur. Ia serius di saat yang serius
dan menghibur di kala susah. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan