Akhir-akhir ini ramai
penulis buku dan novel keagamaan Kristians menfitnah ke atas Isa a.s. Berbagai
tomohan dikenakan ke atas Rasul Ulul Azmi tersebut. Dari dulu mereka menuduh Isa
sebagai anak tuhan sehingga kini fitnah demi fitnah dilemparkan ke atas beliau
yang suci lagi mulia itu.
Firman Allah swt, “
Dia (Maryam ) berkata. “ Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak
padahal tidak ada seorang lelaki pun yang menyentuhku?.” Dia (Allah) berfirman,
“ Demikianlah Allah menciptakan, apa yang Dia hendak menetapkan sesuatu , dia
hanya berkata kepadanya, “ Jadilah ! “ Maka pasti akan terjadi sesuatu itu.”
(Al-Imran : 47)
Dari Abi Hurairah r.a
bahawa Rasulullah saw , “ (Allah swt berfirman) , “ Anak Adam telah mendustakan
Aku , padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Anak Adam juga telah
mencaci maki (menuduh) Aku, padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian.
Ada pun dusta mereka itu ke atasKu itu dengan mengatakan bahawa Aku tidak akan
mengembalikan (menghidupkannya kembali setelah kematian) sebagaimana Aku mula
menciptakan mereka. Ada pun cacimaki mereka terhadap Aku , mereka mengatakan
bahawa Aku mempunyai anak, padahal Aku adalah tuhan tempat bergantung segala
sesuatu. Aku tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang
setara dengan Aku. (Riwayat Bukhari : 4975)
Beberapa tahun yang
lalu mereka menuduh Nabi Isa a.s telah berkahwin dengan Mariam Mecdelina serta
mendapat anak sehingga kini masih terdapat zuriat beliau kononnya. Isu ini bukan
setakat tulisan dibuku-buku dan novel mereka tetapi sampai ketahap mereka
filemkan kisah tersebut. Kemudian mereka juga menuduh bahawa Isa a.s adalah
seorang yang berfahaman Komunis serta menfilemkan kisah ini di dalam bentuk
filem dukumentri.
Terkini mereka menuduh
beliau adalah anak yang mempunyai bapa (nauzubillah) hasil dari seorang tentera
Romawi merogol/memperkosa Mariam a.s yang suci itu. Ini bermakna mereka
mengatakan bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah. Peliknya tidak ramai kita
dengar di Barat yang mereka memprotes isu ini. Ini adalah kerana rata-rata
masyarakat Barat tidak lagi berpegang dengan agama Kristians
ini.
Proses pengambaran
(Shooting) filem ini akan bermula tidak lama lagi yang diadaptasi dari buku
karya Paul Verhoevan yang berjudul “Jesus of Nazareth”. Karya ini bukan setakat
bertentangan dengan kepercayaan Islam malah amat-amat bertentangan dengan
kepercayaan turun tenurun ajaran Kristians. Selain itu filem tersebut lebih
menjurus Isa a.s sebagai manusia biasa tanpa mukjizat dari tuhan dan ianya akan
disalib bukan kerana ajaran keagamaan dan tauhid pada Allah swt sebaliknya
kefahaman politik dalam masyarakat Romawi yang ada pada
ajarannya.(Nauzubillah)
Bagi penulis apa
sahaja yang mereka fitnahkan ke atas jasad suci itu dari dulu, kini dan akan
datang ianya adalah susunatur Tuhan Rabul Jalil yang Maha Bersih dari sangkaan
mereka bahawa Ia mempunyai anak. Susunatur yang penulis maksudkan bahawa
tanda-tanda semakin hampir yang Isa a.s akan turun membersihkan ajaran agamanya,
Tuhanya, dirinya dan ibunya dari semua tuduhan tersebut. Maknanya sudah hampir
dekat dengan zaman yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Sama-sama kita tunggu
kebenaran tersebut. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan