YANG MASIH PANAS...

CHETDET RAJA TUA JADI BATU API 1 MALAYSIA



Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad kini dilihat sebagai Perdana Menteri de-facto menggantikan Rosmah, kini begitu bersemangat menjadi jurucakap kerajaan Najib.

... Kita melihat keadaan ini sebagai tanda betapa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Baru ciptaan Tun M sudah semakin kehilangan keyakinan dan kepercayaan Rakyat.


Alhamdulillah Tun M yang telah begitu lanjut usia tetapi masih gagah ke sana ke mari mempertahankan kerajaan Najib yang semakin hari semakin menggelungsur turun dalam carta hati Rakyat Malaysia.

Beliau melakukan ini demi memanfaatkan sisa-sisa waktu yang ada sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. Masa sudah tidak lagi menyebelahi kerajaan Najib yang memerintah.

Jika selama ini, kerajaan BN/Umno Baru begitu selesa 'menunggu ilham' untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen, namun keadaan sekarang adalah sebaliknya.


Jadi dalam keadaan masa yang semakin menghampiri tempoh luput di mana Parlimen wajib dibubarkan, Tun M tidak punya banyak pilihan.

Beliau tidak mahu apa yang menimpa bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa orang bekas Presiden Korea Selatan turut menimpa dirinya. Sekiranya selepas PRU-13, kerajaan BN/Umno Baru berjaya dikeluarkan daripada Putrajaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh kroninya berkemungkinan besar akan 'masuk ke dalam' untuk menghabiskan sisa-sisa usia.

Kita boleh melihat dan menyemak senarai salah-laku dan segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tun M dan barisan kabinetnya sepanjang tempoh beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia bersama kerajaan BN/Umno Baru.

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah.
Persepsi rakyat:

Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
Memaksa Petronas membeli saham Proton.
Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
Mengganggu penyiasatan BPR
Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
Keruntuhan makmal computer;
Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
Keretakan PULAREK; dan
Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
Kes fiasco pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara;
Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
Perlantikan Ariffin Jaka dan Augustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
Kerugian pelaburan Tabung Haji;
Kerugian RM15b Bank Negara;
Kerugian RM40 juta AIM;
Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
Menutup dua MRSM di Terengganu;
Menutup sekolah agama rakyat; dan
Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Lihat seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate