YANG MASIH PANAS...

Bongkar Rahsia Pengakap Dan Kaitannya Dengan Agama

Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bungaFleur-de-lis kepada logo Pengakap.

Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap
Simbol Fleur-de-lis

Fleur-de-lis pada baju Marie de medici
Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur(Bunga) dan lis (Lili).Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis jugatelah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.
Agama dan Perang
Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arcyang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Simbol Fleur-de-lis pada Pope
Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dariPerawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakiliTritunggal Kudus (Holy Trinity).
Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis
Penjenamaan Semula Pengakap
Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH danSYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.

Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia
Oleh itu, satu proses“PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemenSYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.
Adakah kita sanggup melihat SIMBOL AGAMA bukan Islam melekat di dada baju anak-anak kita? Dan diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKANdan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate