YANG MASIH PANAS...

Subhanallah, bintang bola sepak ini bermain sambil berpuasa



Kunci kejayaan pasukan-pasukan besar Eropah dalam meraih trofi dan mempertahankan prestasi para pemainnya di level tinggi adalah mampu menjaga aspek kecergasan pemain.

Pasukan perubatan kelab tidak segan-segan memantau perkembangan pemain secara harian hingga mingguan dengan memberikan rencana latihan ketat.

Memasuki bulan Ramadhan, biasanya ada pemandangan berbeza di Liga Perdana Inggeris dan La Liga Sepanyol. Beberapa kelab tampak melakukan kawalan lebih ketat kepada pemain Muslim yang mempunyai kebiasaan puasa. Seiiring meningkatnya jumlah Muslim di kedua-dua kumpulan utama Eropah itu, pemain yang menunaikan puasa akan mengubah kebiasaan makannya. Tentu saja hal itu berpengaruh terhadap prestasi mereka di lapangan.

Budaya Barat yang tidak mahu mencampuradukkan persoalan agama dan bola sepak biasanya tidak terlalu membiarkan pemain untuk melakukan puasa penuh. Bukan kerana mereka tidak menghormati agama Islam yang dianut pemainnya, melainkan tidak ingin prestasi kelab ikut terganggu.

Namun striker Sevilla Frederic Kanoute, yang dikenali ketat dalam menjalankan ritual agama tidak mahu berkompromi dengan peraturan kelab. Bekas pemain Tottenham Hotspur dan West Ham United itu berusaha semaksima mungkin menjalankan ibadah puasa Ramadhan secara penuh.

'' Staf dan jurulatih sangat ingin tahu. Mereka bertanya-tanya mengapa saya tidak makan dan menanyakan semua soalan ini. Tapi anda harus menjawabnya dan bicara tentang itu,'' ujar Kanoute kepada the Independent.

'' Mereka melihat saya berdoa di ruang ganti, saya tidak berfikir tentang bagaimana orang melihatku. Islam telah membantu saya dengan cara ini. Inilah jalan yang anda ambil untuk membuat anda tenang,'' tambah pemain Terbaik Afrika 2007 itu.

Bulan Ramadhan membawa erti berbeza bagi beberapa pemain Muslim top di Liga Perdana Inggeris. Mereka biasanya lebih khusuk dalam bermain dan memulakan pertandingan dengan membaca doa sambil mengangkat kedua-dua tangan ke atas.

Ritual itu biasanya dilakukan oleh dua bersaudara Kolo dan Yaya Toure, Samir Nasri, Younes Kaboul, dan Nicolas Anelka, yang sekarang bermain di Liga Super China. Menurut mereka, tetap berpuasa dan bermain dalam level tinggi merupakan cabaran yang cuba dilakukan.

Ramadhan bagi Sulley Muntary merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan, meski harus bermain di tengah-tengah ketatnya jadual Serie A Liga Itali. Pada musim 2009, pelatih Inter Milan Jose Mourinho tersandung persoalan gara-gara mempersoalkan bulan Ramadhan datang di saat pemain harus bermain di liga dengan kemampuan penuh. Ia mengeluh prestasi Sulley Muntary yang bermain loyo hingga memberi kesan kepada Inter yang ditahan 1-1 oleh Bari.

Mourinho mengatakan,'' Ramadhan tiba pada saat yang tidak ideal bagi pemain yang harus bermain di tengah-tengah pertandingan.'' Komentarnya arkitek Real Madrid itu mengundang kecaman luas, khususnya dari Dewan Muslim Itali sehingga Mourinho kemudian mengklarifikasi kenyataan.

'' Keputusan Muntari tidak boleh dikritik kerana ia merupakan masalah iman dan agama. Itu bererti bahawa saya menerimanya saya tidak pernah mengatakan Muntari harus melupakan agamanya dan amalan ritual.''


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate