Susuk lelaki tua OKU merangkak ke masjid
berdekatan setiap hari adalah sesuatu yang biasa dilihat oleh penduduk di sebuah
perkambungan di Arab Saudi. Sesetengah mereka yang saban hari menyaksikan
kesungguhan, ketaatan, dan keazaman lelaki itu merangkak ke masjid untuk setiap
waktu solat mungkin telah meninggal dunia kerana usia lelaki itu kini mencecah
76 tahun.
Sejak kecil, Abdullah Al Asiri dilaporkan tidak pernah terlepas menunaikan solat secara berjemaah. Beliau bertegas untuk menunaikan solat lima waktu di masjid walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki.
Asiri dilahirkan cacat dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 10 orang ahli - ibu bapanya, tiga saudara lelaki dan empat saudara perempuan. Setelah kehilangan orang tua, kebajikan Asiri dijaga oleh abang, kakak, sepupu, dan anak saudaranya.
Asiri berulang-alik dari rumah ke masjid di kampung selatan Alaziza sebanyak lima kali sehari selama hampir 65 tahun tanpa mengira terik padang pasir ketika cuaca panas atau kedinginan udara pada waktu malam dan pagi. -DCM/Emirates

P/s: Jujurnya, aku "malu" sendiri apabila
menontonnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan