Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu
Kyi, menuai kritik dari sejumlah organisasi penggiat hak asasi manusia. Itu
terjadi lantaran pemenang hadiah nobel perdamaian ini memilih diam menghadapi
polisi Presiden Thein Sein dalam kes penindasan etnik Rohingya.
Seperti dilansir Telegraph, Suu Kyi
dikritik sengaja menghindar mengulas isu yang telah berlangsung selama lapan
minggu di negeri Rakhine, Myanmar barat.
Ratusan orang dilaporkan terbunuh dan
puluhan ribu lagi penduduk terpaksa berpindah dari rumah mereka. Laporan lain
menyatakan pihak tentera memukul, mengancam dan membunuh etnik
Rohingya.
"Ini sangat mengecewakan. Dia dalam
kedudukan sukar. Tapi, rakyat dikecewakan kerana dia tidak bersuara lebih
keras," kata Anna Roberts, Pengarah Eksekutif Burma Campaign, di
Inggeris.
Pengarah Human Rights Watch bagi Asia,
Brad Adams, juga menyesalkan sikap Suu Kyi yang justru bergerak dan tidak mahu
bercakap soal Rohingya. Terutama saat dia berkunjung ke London, Dublin, Paris,
dan Oslo. "Suu Kyi melepaskan peluang untuk membangkitkan isu mengenai hak asasi
manusia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan