Salah satu penemuan penting yang
dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke-7 M, umat Islam
telah membangunkan sebuah gaya hidup bersih yang mutakhir.
Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya
yang berjudul Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam
seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi sentra
industri sabun. "Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari tamadun
Islam," papar Al-Hassan.
Menurut Al-Hassan, sabun yang diperbuat
dari minyak sayur-sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama
kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan.
Salah seorang sarjana Muslim yang telah
mampu mencipta formula sabun adalah Al-Razikimiawan legenda dari Parsi. "Hingga
kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah," kata
Al-Hassan.
Sabun yang dibuat umat Islam di zaman
kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan
ada pula sabun batangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk
mencukur misai dan janggut.
Harga sabun pada 981 M berkisar tiga
Dirham (syiling perak) atau setara 0.3 Dinar (syiling emas). Resep pembuatan
sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia,
Sepanyol, bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013
M).
Ahli kosmetik ini memaparkan tata cara
membuat sabun dalam kitabnya yang monumental bertajuk Al-Tasreef. Al-Tasreef
merupakan ensiklopedia perubatan yang terdiri daripada 30 volume. Kitab itu
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan sebagai buku rujukan
utama di beberapa buah universiti Eropah yang terkemuka.
Sang doktor memaparkan resepi-resepi
pembuatan pelbagai alat kosmetik pada volume ke-19 dalam kitab Al-Tasreef.
Selain itu, resep pembuatan sabun yang lengkap tercatat dalam sebuah risalah
bertarikh abad 13 M.
Manuskrip itu memaparkan secara jelas
dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta ini menunjukkan betapa dunia Islam
telah jauh lebih maju berbanding peradaban Barat. Masyarakat Barat, khususnya
Eropah, dianggarkan baru mengenal pembuatan sabun pada abad ke-16 M.
sumber
dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan