WARGA KAMPUNGKU TIDAK SUKA KEHADIRAN MU WAHAI MUHYIDIN YASIN
Peristiwa ini berlaku di Kg. Sg. Seputeh,
Selama, Perak. Ianya berikutan, banner yang di naikkan di sekitar kampung
tersebut kerana lawatan oleh Muhyiddin.
Rasa tidak puas hati penduduk kampung apabila
anggota Majlis Daerah Selama mula menurunkan bendera politik disepanjang laluan
Kg Sg Seputeh.
Pada awalnya hanya bendera PAS sahaja yang diturunkan,
penyokong PAS akur dengan tindakan Majlis Daerah Selama (MDS).
Banner
rasmi lawatan Muhyidin yang berada dipintu masuk program didesak supaya
diturunkan oleh penyokong atas alasan terdapat logo parti pada banner tersebut
(dacing dan keris).
Pihak MDS dan polis akhirnya akur dengan
desakan daripada penyokong PAS dengan menurunkan banner tersebut. Penurunan
banner tersebut disambut dengan laungan takbir.
Kenderaan MDS tiba
dipintu gerbang PAS Kg. Sg. Seputeh yang jaraknya hanya 100 meter daripada
lokasi program dan pihak MDS ingin merobohkan pintu gerbang tersebut, namun
dibantah oleh penyokong PAS dengan alasan pintu gerbang Umno juga perlu
dirobohkn kerana terdapat lambang dacing dan keris.
Pihak polis dan MDS terus bergerak ke pintu
gerbang umno dan ketika itu OCPD Selama telah tiba.
Hasil perbincangan
ringkas, satu perjanjian telah dibuat antara MDS dengan penyokong PAS bahawa
pintu gerbang kedua-dua pihak tidak akan dirobohkan dan tiada lagi
bendera-bendera politik dinaikkan.
Namun terdapat permainan kotor pihak
umno yang telah menaikkan beberapa banner yang ada logo Umno dinaikkan semula.
Lihat video di sini.
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan