Menamakan tindakan mereka
sebagai “Bersih 4.0 — Mencucikan Bersih 1,2,3”, peniaga terbabit berbuat
demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas
yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.
“Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.
“Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL,” katanya.
... ok jugak kate ambiga... senang dia nak tapau makan....hahahhahah2



Tiada ulasan:
Catat Ulasan