Ulama Muda Umno hari ini
mengharapkan muzakarah yang telah pun dipersetujui oleh pemimpin Umno dan PAS
tidak diadakan semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya digunakan
sebagai pentas perbincangan permasalahan yang dialami masyarakat Islam di negara
ini.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi hari ini berkata, adalah lebih baik muzakarah tersebut dibatalkan jika ianya diadakan semata-mata demi mencapai tujuan kepentingan politik sesetengah pihak mahupun individu.
“Kita perlu bincang politik untuk memartabatkan agama, bukan bincang agama untuk martabatkan politik.
“Tujuan kami hanya untuk mencapai kata sepakat dalam agama, bukannya untuk kepentingan politik. Tapi jika muzakarah ini digunakan demi mendapatkan kepentingan politik, saya rasa lebih baik dibatalkan sahaja,” tegasnya.
Jelas Fathul Bari, pihaknya juga amat mengharapkan dapat bermuzakarah dengan kepimpinan tertinggi PAS bagi membincangkan permasalahan yang dialami oleh masyarakat Melayu dan Islam di negara ini..
“Kami sangat berharap dapat bermuzakarah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
Tambahnya lagi, pihaknya juga dijangka akan turut menghantar wakil antara rakan-rakan ulama muda yang lain seperti Dr Fadlan Mohd Othman, dan Ahmad Fauzan Yahya, selain dirinya sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan