Setiap orang, termasuk mereka yang
lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama
lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan
seseorang dengan orang lain.
Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan
ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang
digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat
khusus.
Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu
disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang
yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan
berbeza dari orang lain.
Itulah sebabnya mengapa cap jari
digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan
di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19
M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari
sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran,
Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu
itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu
difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah
menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran
disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya,
pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah
ayat.
Semaklah surah Al-Qiyamah ayat
3-4:
"Apakah manusia mengira bahawa Kami
tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu
menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran,
75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah
yang Maha Benar.
Inilah video Kemukjizatan Al-Quran
tentang cap jari sebagai Identiti:
sumber dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan