PUCHONG - Hobi pelik wanita tua mengumpul dan melonggokakan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai. Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.
Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli. Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.
Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan. – SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan