Kantoi!!Rahsia Polis Bocor.Sapa Yang Bocorkan??Tengok!!
Gambar yang disiarkan
oleh Jeebond dari Blogpolitik
mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi
mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di
sekitar Dataran Merdeka.
Tindakan mereka yang
mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH
3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Akibatnya tindakan dari
Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0
disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.
Antaranya adalah berita
seperti di bawah..
KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka,
perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan
keganasan.
Ia
berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan
sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul
sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.
Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi
juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta
polis yang terbabas.
Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang
yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup
melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga
parah.
Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka
merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC
kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis
mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO
Dalam ramai dari kita
yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO
Bandar Tun Razak membuka cerita..
Bacalah apa yang di
tulisnya dalam wall FB miliknya ini…
Dalam
mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana
terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau
mendedahkannya kepada umum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan