Seorang gadis asal Arab Saudi meninggal
dunia, setelah berjaya menghafal 30 juz Al-Quran. Gadis 15 tahun itu itu
meninggal sehari sebelum ia mendapatkan penghargaan dari sekolahnya kerana
berjaya menghafal seluruh isi Al-Quran.
Sebelum wafat, gadis yang berasal dari
Ibukota Riyadh itu mengatakan kepada orang tuanya, bila hafalan 30 juz Al-Quran
adalah mahkota yang ingin diberikan di atas kepala kedua orang
tuanya.
Sejatinya, Rabu (9/5) kemarin, ia bakal
mendapat penghargaan atas prestasi tersebut. Tapi, Selasa petang ia dilarikan ke
rumah sakit kerana demam tinggi dan sekujur tubuhnya mati rasa, sebelum akhirnya
dinyatakan meninggal dunia.
"Saya pergi ke rumahnya untuk
mengucapkan selamat. Aaya mencari dia dan seluruh keluarga sedang gembira. Sebab
ia memberitahu mereka tentang prestasinya menghafal 30 juz Al-Quran dengan air
mata bercucuran di matanya," ungkap seorang kerabat gadis tersebut kepada surat
khabar Sabq, sura kabar terbitan Saudi .
"(Tapi) ia kemudian dilarikan ke rumah
sakit kerana demam tinggi. Kepada doktor ia mengaku tubuhnya mati rasa dan
kakinya tidak boleh digerakan. Mati rasa itu menjalar ke seluruh tubuhnya,
sebelum akhirnya ia meregang nyawa," kisah kerabat tersebut.
Pihak rumah sakit mengaku, mereka tidak
boleh menyelamatkan hidup gadis tersebut, kerana mereka tidak boleh mendiagnosis
penyakit yang menyerangnya tiba-tiba. Hingga kini, para doktor yang
mengendalikan gadis itu masih berusaha mencari penyebabnya kematian Hafidzah
tersebut.
Sebelum meninggal, gadis tersebut
sempat menitipkan mesej kepada teman-temannya. "Saya berjaya menghafal Al-Quran.
Saya menangis kerana bahagia untuk prestasi ini, dan saya ucapkan selamat kepada
orang tua saya kerana saya berjanji untuk membuat prestasi ini menjadi sebuah
mahkota di kepala mereka. Ya Allah, jadikan prestasi ini di dalam hati saya dan
jadikan prestasi ini senjata saya dalam hidup. "
sumber dari
republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan