Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi
mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu
terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang
berkhatan.
Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak
dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang
terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma
(HPV).
Virus Human Papilloma (HPV)
Bagi mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada
lelaki terutama bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun.
Bagaimanapun, mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan
kanser serviks malah
mengekalkan faktor kesihatan yang lain.
Kajian juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun
kurang terdedah kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi
yang tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum
terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.
Penyelidik dari Universiti Johns
Hopkins juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan
mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah
daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet,
seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria
Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah
mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
Dr Maria Wawer
“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah
perlindungan."
Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000
wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami
masing-masing.
Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan
lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan
lelaki tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang
wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia
juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher.
Berkhatan Dalam Islam
Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu
potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya
juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya
dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
Yahudi juga mengamalkan berkhatan
Menurut kitab
Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.
Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan
untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan
wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki
adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya.
Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak
tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih
selamat.
Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan
pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah
semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan
untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang
mencapai akil baligh.
Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang
'foreskin', kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak
keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai
cara.
Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk
memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian
kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit
atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak
mencacatkan.
Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding
merawat. Indahnya Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan