Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu
menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan.
Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan
manusia.
“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas
tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua
matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal
muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah,
berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan
oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi
Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan
wang emas.
Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di
Turki
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya
kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah
yang berpusat di Istanbul,
Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan
emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya
dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam
buku The
Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang
kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika
Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve
Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat
atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat
milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas
sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres
Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
The Creature From Jekyll Island
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan
Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan
memperkenalkan Fractional
Reserve Bangking (FRB) atau Fractional
Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank.
Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia
termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat
kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku
sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu
menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara
umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah
kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia,
antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929.
Pada 1944, muncul pula perjanjian
Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk
menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan
jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan
kepada bank
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang
kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas
Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International
Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat
pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin
yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan
Ricard Nixon hampir
bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang
berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung
kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga.
Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain
memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika
masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya
meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan
antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri
perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan
sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan
kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan
penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah
menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap
Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.
Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing
Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya
seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ
الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah
dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah
kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah
lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang
kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas.
Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya
emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan
oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini
bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang
mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang
mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai
contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak
ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk
komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak
yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar
‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas
penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan
semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang
kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun
jumlahnya berguni.
Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang
sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti
bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus.
Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati
istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas
tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah
sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk
itu.
Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak
bernilai
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang
dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau
institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa
aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat
jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi
Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan
manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang
itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah
pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973
dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal
menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan
dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di
pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian
deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang
didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh
diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi
palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa
bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah
dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan
berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan.
Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli
seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya
terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun
lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import
berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum
tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu
tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam
pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan
bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan.
Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua
orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa
boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh
diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula
semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang
menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar
antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak
jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat
mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah
ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah
manusia.
Sumber : Milenia Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan