Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu
cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab
dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam.
Sukar membezakan kristian gaya baru?
Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di
Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang
imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan
kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian
Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan
terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya
serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah
cara mereka solat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam.
Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir
sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5
kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3
jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh),
sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul
ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa
wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal
dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir
(puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika
dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan
pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain
solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam
ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Kenapa ajaran ini muncul?
Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan
mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak
berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam
komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa
as.
Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa
agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima
dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita
untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan
mereka terus jauh dari Islam.
Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika
sembahyang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan