Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".
"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.
"Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa juga tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.
Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan tindakan polis menggari itu mengikut prosedur.
Diasak lagi pemberita sama ada tindakan polis itu mengikut prosedur sekalipun gadis tersebut menyerah diri, Mohmad yang ditemui pemberita di rumah terbuka IPK KL di Pasar Seni berkata:
"Kita tengok. Sebab itu dalam peruntukkan undang-undang dia ada proses menangkap macam mana.
"Kalau tuan-tuan baca dalam Kanun Acara Jenayah, tengok macam macam proses tangkapan oleh pihak polis."
8 individu masih diburu
Sementara itu, Mohmad menjelaskan polis menggunakan peruntukan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat suspek itu kerana akta tersebut masih berkuat kuasa.
"Maknanya akta ini masih lagi berkuat kuasa. Jadi kita ada hak (untuk menggunakannya)... Peruntukan masih lagi sah untuk diguna pakai," katanya.
Mengulas perkembangan terkini berhubung baki suspek yang didakwa memijak gambar perdana menteri, Mohmad berkata pihaknya masih 'memburu' lapan lagi individu yang terlibat.
Manakala, setakat ini tangkapan yang dibuat masih lagi kekal seramai tiga orang dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan, tambahnya.
Sebanyak 238 laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan