Laporan menggemparkan yang
dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF)
menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib sahaja dianggarkan
sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di
Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5
bilion.
Laporan berjudul “The Taib Timber
Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia”
dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan
Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.
Ia laporan pertama mengupas secara
terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di
Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan
lain-lain negara. - Mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan