PENUNJUK perasaan mengoyakkan bendera AS di luar pejabat kedutaan AS di Mesir kelmarin sebagai tanda bantahan. - AFP
Pembikin filem anti-Islam sembunyikan diriLOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri. Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal. Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.
Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak. Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menghina Nabi Muhammad SAW adalah menghina agama Islam yang suci. Maruah Islam perlu dipertahankan. Mari kita lihat sejarah..
Lihat kisah seorang pemimpin Islam yang sanggup
mempertahankan maruah Islam, walalupun hanya melalui pembelaan terhadap seorang
Muslimah yang diangap kerdil. Hal ini berlaku pada zaman khalifah Al-Mu'tasim,
khalifah Bani Abbasiyah (833-842 Masehi). Beliau menyambut seruan seorang
Muslimah yang dilecehkan auratnya oleh tentara Romawi. Beliau mengirimkan
pasukan tentera untuk menyerbu kota Ammuriah dan melibas seluruh tentara Romawi
di sana hingga bebaslah Muslimah tadi dari tawanan Romawi.
Kisah ini dicatat dalam kitab al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn Al-Athir. Peristiwa bersejarah tersebut terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, dalam judul Penaklukan kota Ammuriah. Ketika Al-Mu'tasim yang ditangannya sedang memegang gelas untuk minum mendengar berita seorang Muslimah dijatuhkan maruahnya oleh tentara Romawi, beliau terus berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana muslimah tersebut berteriak meminta tolong.
Diceritakan, Muslimah itu keturunan Bani Hashim sedang berbeli-belah di sebuah pasar di negeri bawah kekuasaan Romawi, di utara benua Asia, di kota Ammuriah, kawasan Turki hari ini. Sedang Muslimah itu berjalan, tba-tiba dia diganggu oleh seorang lelaki Romawi yang menyentuh ujung bajunya hingga dia secara spontan berteriak : "Wa Mu'tashamah!" Ertinya, "Dimana kau Mu'tasim...Tolonglah Aku"
Kerana maruah Islam itu dicabar, maka puluhan ribu tentera pun dihantar mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga ujungnya mencapai kota Ammuriah. Pembelaan kepada Muslimah ini berakhir dengan pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Tentara Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung selama kira-kira lima bulan, akhirnya menyerah pada 13 Ogos 833 M.
Begitu juga pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Ketika itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana, demi maruah agama, dia terus membunuh orang Yahudi itu.
Kemudian orang-orang Yahudi membalas dengan membunuh orang Muslim itu pula. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin membantu. Dan Nabi SAW., mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah.
Itu baru penghinaan kepada seorang Muslimah, bagaimana dengan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW sendiri melalui filem seperti di atas? Memadaikah dengan tunjuk persaan sahaja? Atau wajarkah penulis dan pengarah, Sam Bacile itu dihukum bunuh? Ulama Malaysia berani keluarkan fatwa? (IH)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan